1tahun ago
GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- QNET, rangkaian jualan langsung utama global yang memfokuskan pada gaya hidup dan kesejahteraan melakukan beberapa penambahbaikan dalam produk kesihatannya dengan menggunakan teknologi terkini.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) membantu merealisasikan perjanjian usaha sama antara Yenher Holdings Bhd (Yenher) dan syarikat bioteknologi perintis dari Denmark Fermentationexperts A/S (FE) untuk membentuk YH European Protein Asia Sdn Bhd (YHEPA).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bekerjasama dengan Kumpulan MyCreative Ventures untuk melancarkan pertandingan reka corak batik bagi mengetengahkan warisan batik Malaysia di persada dunia.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka stabil dalam jajaran 1,630-1,670 minggu depan, menawarkan peluang pengumpulan saham dan potensi peningkatan seterusnya susulan sentimen yang bertambah baik.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan pada kecenderungan menurun minggu depan, selepas menyaksikan permintaan yang agak lemah baru-baru ini, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka didagangkan kukuh pada minggu depan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 17 hingga 18 Sept ini.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Momentum pengukuhan nilai ringgit dijangka berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.28-4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada 17-18 September ini.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu, sekali gus mencetuskan peningkatan permintaan dan harga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat disebabkan jangkaan bahawa kadar faedah akan diturunkan oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang menyelaraskan penyertaan 15 syarikat Malaysia untuk muncul kali pertama di INDEX Saudi Arabia 2024 dari 17-19 September, 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Riyadh Front.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Ringgit melepasi paras 4.30 hari ini, mencecah paras tertingginya dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS apabila para peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) menurunkan kadar antara 25 dan 50 mata asas, kata seorang pakar ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.