Terdapat 3320 berita berdasarkan kata kunci carian " dagangan"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meskipun Wall Street ditutup bercampur-campur, dengan sentimen pasaran tempatan disokong kemungkinan berakhirnya penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Didorong Penurunan Hasil Perbendaharaan AS

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh penurunan berterusan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang terus menekan mata wang negara maju itu.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penurunan Harga Minyak Kacang Soya

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu dipengaruhi oleh penurunan harga minyak kacang soya, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah walaupun menjejaki kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur terlibat dalam pengambilan untung, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Ringgit Meningkat Hari Ketujuh Berturut-turut Berbanding Dolar US

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US hari ini, meneruskan pengukuhan untuk hari dagangan ketujuh berturut-turut selepas para pelabur kekal positif menjelang pengundian pembukaan semula kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan tiga hari untuk ditutup rendah pada Rabu apabila tekanan jualan muncul dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan terutamanya dalam saham perladangan dan penjagaan kesihatan.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur hari ini di tengah-tengah prestasi positif pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Bagi Hari Ketiga Dipacu Pengukuhan Ringgit, Minat Terhadap Sektor Domestik

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Rabu yang juga peningkatan bagi hari ketiga berturut-turut, didorong oleh momentum pengukuhan berterusan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang dijangka menarik tumpuan peniaga terhadap sektor domestik seperti kaunter pengguna.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi Seiring Kenaikan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya ditutup tinggi hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata peniaga.