BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | 

Terdapat 610 berita berdasarkan kata kunci carian " ihh"

Bursa Malaysia Tinggi Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi sedikit pada tengah hari ini berikutan kenaikan dalam saham perladangan yang membantu mengimbangi tekanan jualan dalam sektor kewangan.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.

Untung Bersih IHH Healthcare Naik Kepada RM534.0 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd meningkat kepada RM534.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM532.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, dirangsang oleh permintaan yang berterusan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti dan pertumbuhan dalam hasil.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Kemudiannya Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis sebelum bertukar rendah berikutan kekurangan pemangkin ketika Wall Street mencatat prestasi lemah di tengah-tengah data inflasi yang tinggi dan perdagangan yang lebih perlahan menjelang cuti Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Saham Wajaran Tinggi Sokong Indeks Kekal Pada Paras 1,600 Mata

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.

IHH, Petronas Dagangan Dorong FBM KLCI Kekal Di Atas Paras 1,600

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- IHH dan Petronas Dagangan terus menyokong indeks utama Bursa Malaysia di atas paras 1,600 semasa akhir dagangan sesi pagi pada Selasa, walaupun dalam keadaan penjualan saham bermodal sederhana yang menyebabkan keseluruhan pasaran tidak menentu.

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Indeks barometer Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini berikutan belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya tinggi.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Minggu Lepas Dengan Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum minggu lepas dengan dibuka tinggi hari ini, menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik berikutan pelabur terus meletakkan kepercayaan pada strategi “beli kripto dan dolar” susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Tenaga Nasional dalam persekitaran prestasi yang kebanyakannya optimis di bursa saham serantau.

Bursa Malaysia Kekal Dalam Zon Positif Pada Tengah Hari, Seiring Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif dalam dagangan tengah hari Jumaat, dipacu oleh aktiviti belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutama kaunter utiliti serta perkhidmatan dan produk industri.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street Dalam Tempoh Semalaman

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih baik di Wall Street dalam tempoh semalaman yang disokong oleh pendapatan kukuh Nvidia.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, Nov 21 (Bernama) --  Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.