9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang merangka strategi nasional yang mantap, termasuk penubuhan “National Geoeconomic Command Centre” (NGCC) untuk menghadapi sebarang kemungkinan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keadaan pasaran domestik yang teratur akan terus mampan berikutan pasaran kewangan Malaysia yang kukuh, selain mudah tunai dan sistem perbankan yang teguh, sekali gus menyediakan penampan yang mencukupi untuk menghadapi ketidaktentuan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Hotayi Electronic (M) Sdn Bhd mengadakan majlis pecah tanah bagi pengembangan kilang pintar fasa ketiga bernilai RM500 juta di Batu Kawan, Pulau Pinang, yang dijangka melahirkan 1,000 pekerjaan baharu berkemahiran tinggi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, penganjur SEACare 2025 mengumumkan penganjuran Persidangan Farmaseutikal dan Penjagaan Kesihatan Asia Tenggara 2025 yang julung kali diadakan dari 23 hingga 25 April ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan perdagangan luar Malaysia akan kekal pada kadar lima peratus pada 2025, didorong oleh permintaan teknologi global dan faktor lain, meskipun prestasi Februari lebih perlahan daripada jangkaan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penolong Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Niam Seet Wei dinamakan sebagai penerima anugerah biasiswa Program Residensi Khazanah Nasional Bhd (KRP) Wolfson Press Fellowship 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Anak syarikat ITMAX System Bhd, Southmax Sdn Bhd telah dilantik oleh Majlis Daerah Mersing sebagai pengendali tempat letak kereta pintar (smart parking) untuk parkir di kawasan terbuka di kawasan Mersing.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- EDOTCO Malaysia dan Digital Nasional Bhd (DNB) menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan digital pertama di Malaysia yang menyokong perkhidmatan 5G.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspek perdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) melabur dalam firma keselamatan siber Bluesify Solutions Sdn Bhd (Bluesify) bagi meningkatkan landskap keselamatan siber Malaysia dan menyokong pengembangan syarikat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) – Sokongan kerajaan penting dalam mempercepat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT), kata pakar industri IoT.