Terdapat 1098 berita berdasarkan kata kunci carian " mesyuarat"

EPIC Optimis Prospek Tahun Kewangan 2025 Meski Berdepan Cabaran Dalam Industri Minyak & Gas

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) kekal optimis terhadap prospek tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meskipun beroperasi dalam persekitaran industri minyak dan gas yang mencabar ketika ini.

Bursa Malaysia Wujud Kumpulan Kerja Industri Bagi Tingkat Keselamatan Siber

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) telah mewujudkan kumpulan kerja industri bagi meningkatkan daya tahan siber merentas ekosistem pembrokeran saham bagi menyelaras tindakan berikutan insiden perdagangan tanpa kebenaran pada 24 April 2025.

Lawatan TPM Fadillah Ke Uzbekistan, Rusia Perluas Jaringan Strategik Sektor Tenaga, Air

TASHKENT, 20 Jun (Bernama) -- Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Republik Uzbekistan dan Rusia yang bermula esok, dijangka memperluaskan lagi jaringan strategik Malaysia dalam bidang tenaga dan air di peringkat antarabangsa.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah seiring dengan prestasi lemah di seluruh rantau ini, kata penganalisis.

MSM Ulangi Gesaan Tarif Ke Atas Gula Import, Tangani Lambakan Di Pasaran

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) hari ini mengulangi gesaan agar kerajaan mengenakan tarif ke atas gula import  bagi menangani lambakan gula Thailand yang berharga lebih rendah di pasaran tempatan.

MSM Malaysia Sasar Tingkatkan Jumlah Eksport Pada 2025, Tembusi Pasaran China, ASEAN

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd menyasarkan lonjakan ketara dalam jumlah ekspot dan produk bernilai tambah seperti gula cecair dan pracampur daripada MSM Johor tahun ini.

Malaysia Tolak Tarif Unilateral, Komited Sokong Perdagangan Multilateral - PM Anwar

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Malaysia tetap tegas menolak pelaksanaan tarif unilateral dan terus mendukung sistem perdagangan multilateral antarabangsa yang berasaskan peraturan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Jangan Pandang Rendah Kepentingan JS-SEZ - PM Anwar

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai model luar biasa kerjasama rentas sempadan yang menjadi penanda aras baharu untuk perkongsian ekonomi dua hala.

HLIB Kekalkan Unjuran BNM Turun OPR 2.75 Peratus Pada Separuh Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan unjuran bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus dalam separuh kedua 2025 atas faktor keperluan ekonomi.

TPM Fadillah Ke Uzbekistan Dan Rusia Bagi Perkukuh Hubungan, Tinjau Kerjasama

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja ke Uzbekistan dan Rusia bermula Jumaat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala selain meninjau potensi kerjasama dalam sektor tenaga dan teknologi tinggi.

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Rabu menjelang keputusan mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini dan ketegangan antara Israel dan Iran yang terus meningkat.

Peralihan Tenaga: Negara ASEAN Perlu Manfaat Peluang Kerjasama Serantau, Antarabangsa

Oleh Muhammad Ammar Shafiq Hamzah

KUCHING, 18 Jun (Bernama) -- Negara-negara anggota ASEAN perlu memanfaatkan pelbagai peluang kerjasama dan sokongan daripada rakan serantau serta antarabangsa dalam usaha peralihan kepada tenaga boleh baharu.