10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan pada Jumaat lepas berikutan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan prospek ekonomi kukuh di sebalik kebimbangan mengenai inflasi yang tinggi dalam persekitaran dasar perdagangan baharu.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dan prospek ekonomi makro Malaysia yang kukuh akan terus memacu ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.41-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), minggu depan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, ketelusan serta kemampanan dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan domestik negara yang berdaya tahan dan rancangan pelaburan yang kukuh dijangka menyokong ekonomi dalam keadaan cabaran luaran berikutan ketidaktentuan perdagangan global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sepanjang 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia’s (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuarat dasar monetari Mac 2025 dijangka secara meluas, menggariskan pendirian dasar kondusif semasa untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
10bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut hari ini apabila status mata wang selamat dolar AS semakin melemah, kata seorang penganalisis.
10bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus mencerminkan penyesuaian strategik dasar monetari yang memberikan fleksibiliti kepada bank pusat itu menghadapi perubahan keadaan ekonomi global dan domestik.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Berikut adalah wawancara dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi Mac:-
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus semasa mesyuaratnya hari ini.
10bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, dalam persekitaran kadar faedah yang stabil, kata ahli ekonomi.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya, menjejaki prestasi semalaman Wall Street ketika pengeluar automotif Amerika Syarikat (AS) mendapat pengecualian tarif untuk sementara waktu.