9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri kenaikan terdahulu apabila ditutup rendah sedikit pada Selasa selepas aktiviti belian saham semasa harga rendah yang sederhana, diimbangi oleh sentimen berhati-hati mengenai ketidaktentuan global yang berterusan.
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia terus diasak tekanan prestasi suram pasaran serantau serta kebimbangan berlakunya perang dagangan global yang menyaksikan indeks petunjuk utama susut 4.01 peratus pada akhir dagangan hari ini.
9bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran susut sebanyak 0.97 peratus susulan jualan berterusan merentasi pelbagai sektor membebankan pasaran yang terus merasai kesan daripada kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila indeks petunjuk pasaran merosot 0.5 peratus susulan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Press Metal, IHH Healthcare dan Tenaga Nasional.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan rendah sedikit selari dengan pasaran serantau, apabila Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelan tarif timbal baliknya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Syarikat Jepun berminat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan mampan lanjutan dalam inisiatif penyahkarbonan Malaysia, kata Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut dan sentimen pelabur dipengaruhi oleh kejadian gempa bumi di Myanmar, gegarannya turut dirasai di Thailand, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah ketika tengah hari pada Jumaat berikutan pengambilan untung selepas kenaikan kukuh berterusan baru-baru ini memberi tekanan kepada kaunter produk perindustrian, telekomunikasi dan perbankan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.
9bulan ago
By Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, March 27 (Bernama) -- Bursa Malaysia continued to rise for the third consecutive day today, driven by renewed investor confidence and a strategic realignment, said UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Head of Investment Research Mohd Sedek Jantan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positifnya pada tengah hari ini, didorong oleh minat belian dalam kebanyakan saham wajaran tinggi terutamanya sektor perbankan dan pembinaan berikutan sentimen pasaran yang lebih baik, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini, mengambil petunjuk daripada penurunan semalaman Wall Street, kata penganalisis.