Terdapat 2641 berita berdasarkan kata kunci carian " dasar"

Kerajaan Tidak Akan Campur Tangan Dalam Keputusan Komersial - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan komersial untuk mendukung integriti pasaran.

Tadbir Urus Kukuh, Disiplin Fiskal Kunci Kekalkan Transformasi Ekonomi Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) - Tadbir urus yang kukuh, disiplin fiskal dan pendidikan adalah perkara yang perlu diberi penekanan dalam transformasi ekonomi Malaysia bagi mengukuhkan pertumbuhan dan mengurangkan ketidaksamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dasar Fiskal Kerajaan Untuk Imbangi Pertumbuhan Ekonomi Dan Keperluan Rakyat - Ketua Setiausaha Perbendaharaan

PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Dasar fiskal kerajaan kekal komited untuk menyokong objektif pembangunan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Teknologi ANPR: Masa Depan Sistem Bayaran Tol Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Penerimaan teknologi Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) semakin meraih momentum di Malaysia terutama di Lembah Klang, yang digunakan secara meluas di kemudahan parkir dan sistem kawalan akses bangunan komersial.

Pusat Tenaga ASEAN Lancar Pelan Hala Tuju Jangka Panjang Tenaga Boleh Baharu ASEAN

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pusat Tenaga ASEAN (ACE) melancarkan Pelan Hala Tuju Jangka Panjang Tenaga Boleh Baharu (TBB) ASEAN (RE LTRM) pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM).

Malaysia Perlu Bina Kredibiliti Untuk Jadi Hab Pelaburan Tenaga Hijau ASEAN -- UEM Lestra

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu memberi tumpuan kepada pembinaan kredibiliti, kebolehskalaan dan kebolehpercayaan untuk menjadi hab pelaburan tenaga hijau ASEAN, kata UEM Lestra Bhd.

KDNK Suku-3 Malaysia Diunjur Berkembang 5.2 Peratus - DOSM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -  Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.2 peratus pada Suku Ketiga 2025, peningkatan daripada pertumbuhan 4.4 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut anggaran awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Penyelarasan Dasar Iklim Dan Tenaga Mampu Pacu Kemajuan Peralihan Tenaga ASEAN

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Negara anggota ASEAN boleh mewujudkan momentum yang kukuh bagi rantau ini, jika bekerjasama dan menyelaras dasar tenaga serta iklim mereka ketika rantau Asia Tenggara menuju ke arah peralihan tenaga, kata seorang pakar.

Kaukus PKS ASEAN Dorong Kerjasama Perniagaan Serantau - Ramanan 

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kaukus PKS ASEAN adalah platform strategik yang menghimpunkan wakil perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seluruh ASEAN untuk mengukuhkan kerjasama rentas sempadan, memperjuangkan pembangunan PKS dan menambah baik suara kolektif komuniti perniagaan serantau.

Perdagangan Malaysia Berdaya Tahan, Meningkat Semula Kepada RM257.51 Bilion Pada September

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama)  -- Perdagangan Malaysia terus menunjukkan pengukuhan pada September 2025, mengembang sebanyak 9.8 peratus tahun ke tahun kepada RM257.51 bilion, iaitu kembali meningkat daripada penguncupan dicatatkan pada bulan sebelumnya meskipun berdepan ketidaktentuan perdagangan global.

IGEM 2025 Dan KLSS Perkukuh Kedudukan Malaysia Untuk Terajui Agenda Hijau ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh aspirasi dalam iklim kolektif ASEAN dengan meletakkan kelestarian dan tindakan iklim sebagai teras agenda serantaunya sebagai pengerusi ASEAN pada 2025.

ASEAN Perlu Perkukuh Kerjasama Majukan Grid Kuasa Serantau, Peralihan Tenaga -- TNB

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) meminta negara-negara ASEAN untuk menyelaras peraturan, memodenkan grid tenaga dan mengukuhkan usaha kolektif ke arah peralihannya secara adil dan mampan.