9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang positif, didorong oleh pendapatan korporat yang menggalakkan terutamanya daripada syarikat induk Google, Alphabet Inc yang mencatatkan prestasi lebih tinggi daripada jangkaan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) komited menyediakan US$24.3 bilion (US$1 = RM4.39) daripada sumbernya sendiri tahun lepas selain US$14.9 bilion dari segi pembiayaan bersama dengan rakan kongsinya dalam menangani pelbagai cabaran pembangunan yang kompleks di Asia Pasifik.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, menjejaki peningkatan semalaman di Wall Street berikutan sentimen pelabur bertambah baik kerana menjangkakan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan reda dan lebih banyak kenyataan positif daripda Presiden AS Donald Trump.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjejaki peningkatan dalam indeks dolar US (DXY) susulan pasaran bertindak balas terhadap petunjuk bahawa Presiden AS Donald Trump mungkin akan mengubah pendirian mengenai dasar tarif.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang terus mengukuh susulan peningkatan optimis terhadap prospek rundingan dagangan membabitkan Washington-Beijing, kata ahli ekonomi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi penutupan hari ini berikutan kebimbangan baharu mengenai ketidaktentuan ekonomi global dan petunjuk bercampur-campur daripada dasar monetari Amerika Syarikat (AS), kata ahli ekonomi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini untuk hari keenam berturut-turut berikutan harga minyak mentah yang lemah dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat yang memberi tekanan kepada pasaran.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras tertingginya dalam tempoh hampir enam bulan berbanding dolar AS pada sesi penutup hari ini mencecah paras 4.36 di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) -- Kerajaan akan mengutamakan dan melindungi kepentingan negara dalam semua perjanjian perdagangan dua hala dan pelbagai hala, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, mencecah paras 4.39 berikutan ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi mata wang AS itu dalam rundingan berterusan dengan Jepun dan Kesatuan Eropah.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada hari kedua Syawal baru-baru ini yang memusnahkan dan menjejaskan banyak kediaman, jelas menjadi peringatan perit untuk pemilik memberi pertimbangan serius menginsuranskan aset itu serta kandungannya dalam mengurangkan kerugian akibat bencana.