BERITA TERKINI   Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tren berkelajuan tinggi di Sepanyol pada 18 Jan lepas | Perolehan ATM: Dua lagi pegawai kanan tinggi bergelar 'Datuk' akan didakwa minggu depan - Azam Baki | Sabah terima peruntukan pembangunan luar bandar tertinggi dalam Belanjawan 2026, bukti komitmen Kerajaan Persekutuan - Ahmad Zahid | Ringgit mungkin cecah bawah 4.00 berbanding dolar AS pada separuh kedua 2026 apabila hala tuju pengurangan kadar faedah Fed lebih jelas -- Ketua ahli ekonomi AmBank | AmBank naikkan unjuran pertumbuhan KDNK 2025 kepada 4.9 peratus daripada 4.6 peratus, 2026 tumbuh 4.5 peratus | 

Terdapat 955 berita berdasarkan kata kunci carian " ekuiti "

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Perbalahan Trump-Fed, Tekanan Dagangan

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring prestasi hambar  semalaman Wall Street ketika pertikaman lidah antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell mencetuskan kebimbangan pelabur di tengah-tengah perang dagangan yang meruncing.

Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal, Peniaga Sasar Paras Sokongan RM4.36

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam urus niaga awal hari ini ketika unit tempatan itu dijangkakan cuba melepasi paras sokongan segera pada 4.36.

Pelabur Asing Jual Ekuiti Dalam Pasaran Asia Berjumlah RM3.84 Bln

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$3.84 bilion (US$1 = RM4.39).

FBM KLCI Dijangka Uji Paras 1,500 Minggu Depan, Disokong Sentimen Lebih Baik

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Indeks pasaran utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka terus menguji paras psikologi 1,500 mata minggu hadapan, dengan pergerakan berterusan melepasi paras itu berkemungkinan meningkatkan keyakinan pelabur dan menarik aliran masuk asing.

Bursa Malaysia Naik 1.09 Peratus, Sedikit Lagi Cecah Paras Psikologi 1,500

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada hari dagangan terakhir minggu ini disokong oleh petunjuk positif serantau dan sentimen pelabur yang memulih, walaupun hanya sedikit sahaja lagi untuk mencecah paras psikologi 1,500. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada sesi dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street yang bercampur-campur berikutan pelabur kekal optimis dengan berhati-hati dalam ketidaktentuan berterusan mengenai prospek tarif Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, walaupun pasaran emas global menyusut di tengah-tengah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengukuh terhadap bon AS, kata penganalisis.

Fitch Turunkan Unjuran Pertumbuhan Global Dalam Persekitaran Perang Dagang

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Fitch Ratings menurunkan unjuran pertumbuhan global bagi 2025 dengan ketara sebanyak 0.4 mata peratusan (pp), manakala unjuran bagi China dan Amerika Syarikat (AS) dikurangkan sebanyak 0.5 pp pada laporan suku tahun Global Economic Outlook edisi Mac.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, April 17 (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki penurunan Wall Street dalam tempoh semalaman apabila pelabur kekal dengan sentimen berhati-hati dalam keadaan ketidaktpastian ekonomi yang berterusan berkaitan dasar tarif Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidakpastian Dasar Tarif AS

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis namun, dagangan kekal dalam julat kecil apabila peniaga terus memantau ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, terjejas oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif perdagangan global.

Subsidiari Nextgreen Bekerjasama Dengan Syarikat China Bangun Fasiliti Pulpa Di Pahang

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Nextgreen IOI Pulp Sdn Bhd (NIP), sebuah syarikat usaha sama (JV) antara Nextgreen Global Bhd (55 peratus) dan IOI Corporation Bhd (45 peratus) telah bekerjasama dengan Hong Kong Paper Sources Co Ltd untuk membangunkan kemudahan pengeluaran pulpa bersepadu bio yang berkapasiti tinggi di Taman Teknologi Hijau, Pekan, Pahang.