1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sebanyak 6,617 kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) dijual pada separuh pertama 2024, melonjak 112 peratus daripada 3,117 unit dalam tempoh yang sama pada 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) berharap menerima peruntukan pembiayaan latihan kemahiran kenderaan elektrik (EV) untuk menarik minat dan menangani kekurangan tenaga kerja semasa dalam sektor automotif, khususnya dalam teknologi EV, menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran kereta Malaysia kini menyaksikan peralihan minat secara beransur-ansur ke arah kenderaan elektrik (EV), menurut Indeks Pengguna Mobiliti Global EY Ernst & Young (EY) tahunan kelima.
1tahun ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd hari ini melancarkan Program Pembiayaan Vendor Mampan (SVFP) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM1 bilion untuk menyokong sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia dalam usaha penyahkarbonan dan peralihan tenaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) melatih dan memperakui 1,253 jurutera melalui Program Pensijilan Profesional Kejuruteraan Digital dan Prototaip (DEP) sejak penubuhannya pada 2020.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah melancarkan garis panduan pengurusan bateri serta kenderaan elektrik (EVBM) untuk memastikan keselamatan awam, perlindungan alam sekitar dan kemampanan ekosistem EV Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Nilai jualan sektor Pembuatan berjumlah RM163.9 bilion pada Ogos 2024, menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.7 peratus berbanding penurunan 3.3 peratus pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 4.1 peratus pada Ogos 2024, didorong oleh pertumbuhan sederhana dalam sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus tahun ke tahun dengan nilai jualan pada Ogos 2024 berjumlah RM149.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) percaya Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan yang kukuh terhadap kerjasama serantau, khususnya dalam bidang kewangan, kerangkuman kewangan dan perdagangan rentas sempadan.