Terdapat 661 berita berdasarkan kata kunci carian " pencapaian"

Qube Integrated Malaysia Meterai MoU Dengan Asia CEO Community, Perkenal Kad MITEC

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) milik Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengumumkan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd dengan Asia CEO Community.

Pelbagai Perencanaan strategik Lonjakkan Ekonomi Sepanjang 2024 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada rakyat dan negara.

Bursa Malaysia Capai 55 IPO, Tertinggi Dalam Masa 19 Tahun

 KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd meraih pencapaian penting pada 2024 apabila sebanyak 55 tawaran awam permulaan (IPO) disenaraikan di bursa, iaitu jumlah penyenaraian tertinggi direkodkan dalam tempoh 19 tahun lepas.

Top Glove Catat Untung Bersih RM5.47 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM5.47 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2024 (suku pertama tahun kewangan 2025), meningkat semula daripada kerugian bersih RM57.71 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024. 

Pasaran Minyak Sawit Berdepan Ketidaktentuan Berikutan Cuaca, Kekangan Bekalan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) menjangka pasaran minyak sawit akan terus menghadapi ketidaktentuan yang ketara menjelang 2025, dengan cabaran dari aspek bekalan berikutan cuaca buruk dan kadar penanaman semula yang perlahan.

Perdagangan Dua Hala Malaysia, Korea Selatan Cecah RM100.6 Bilion Pada November - Tengku Zafrul

SHAH ALAM, 19 Dis  (Bernama) -- Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan mencecah RM100.6 bilion setakat November tahun ini terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kyndryl Inc Berpangkalan Di AS Buka Pejabat Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan infrastruktur teknologi maklumat berpangkalan di Amerika Syarikat, Kyndryl Inc, membuka pejabat baharu di sini sekali gus membuktikan komitmennya terhadap pelanggan tempatan.

5G Kekal Jadi Fokus Utama Syarikat Telekomunikasi Pada 2024

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Industri telekomunikasi Malaysia menyaksikan aktiviti yang rancak pada 2024 ketika negara memulakan pelaksanaan rangkaian 5G keduanya.

LHDN Terima 107.5 Juta e-invois Sejak Ogos Lepas

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Previnna Thuraisingam

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 107.5 juta e-invois daripada pembayar cukai sejak sistem itu dilaksanakan pada 1 Ogos lepas.

MICCI Lancar "E-Commerce Chapter" Lonjak Ekonomi Digital Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) memperkenalkan “E-Commerce Chapter” untuk meningkatkan kerjasama kalangan peserta utama dalam industri e-dagang dan badan pengawalseliaan.

Pemaju Malaysia Raih 11 Kemenangan Pada Anugerah Propertyguru Asia Di Bangkok

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia meraih kejayaan besar pada majlis Anugerah Tahunan PropertyGuru Asia ke-19 di Hotel The Athenee, di Bangkok, apabila memenangi 11 anugerah berprestij.

Trinity Group Rangkul Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia Bagi Kediaman Bertingkat Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pemaju hartanah Trinity Group memenangi Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2024 bagi kategori kediaman bertingkat tinggi untuk pembangunan utamanya Trinity Pentamont di Mont Kiara di ibu negara.