Terdapat 734 berita berdasarkan kata kunci carian " inflasi "

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan kelemahan momentum belian.

Pelarasan Gaji Berperingkat Boleh Bantu Perkukuh Profil Kredit Malaysia - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji secara berperingkat tidak akan membawa kepada tekanan inflasi yang berlebihan, kata ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Pada Sesi Pagi

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada sesi pagi berikutan aktiviti pengambilan untung saham wajaran tinggi terpilih, walaupun dijangka berlaku pemulihan teknikal hari ini.

Sentimen Perniagaan Syarikat Jepun Di Malaysia Terus Meningkat Bagi Tahun Keempat - Jetro

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Sentimen perniagaan dalam kalangan syarikat-syarikat Jepun di Malaysia terbukti terus meningkat bagi tahun keempat berturut-turut walaupun dalam senario persaingan sengit yang ketara, demikian menurut Tinjauan Tahun Kewangan 2024 oleh Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.

Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah sentimen memberangsangkan pelabur berikutan data ekonomi negara maju itu yang mengatasi jangkaan awal, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu menjelang pengeluaran laporan inflasi utama Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dengan Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) terus meningkat, didorong oleh aliran meningkat pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang melemah berbanding dolar US, kata peniaga.

Titijaya Jangka Permintaan Meningkat Terhadap Pembangunan Berorientasikan Transit, Rumah Mampu Milik Pada 2025

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia pada 2025 bakal menyaksikan peningkatan permintaan ke atas projek pembangunan berorientasikan transit (ToD) dan hartanah mampu milik, kata Titijaya Land Bhd.

Kenaikan Gaji Pacu Sektor Hartanah Tahun Ini - Hong Leong Investment Bank

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji penjawat awam dan pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi kekal sebagai faktor utama dalam memacu permintaan dan meningkatkan kemampuan untuk pembelian hartanah di seluruh negara tahun ini, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Jualan Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah mengakhiri sesi tengah hari ini apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung berikutan sentimen lemah dan jualan berterusan dalam kaunter berkaitan indeks.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot, didorong oleh laporan yang membayangkan pelaksanaan tarif secara berperingkat dan data yang menunjukkan penurunan inflasi borong AS yang tidak dijangka, kata penganalisis.

BMI Unjur Ekonomi Malaysia 2024 Berdaya Tahan Pada 5.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- BMI, syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan ekonomi Malaysia pada 2024 berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 5.0 peratus, disokong oleh pelaburan dan penggunaan yang kukuh.