Terdapat 847 berita berdasarkan kata kunci carian " kapasiti"

Malakoff Peroleh Kontrak Tenaga Solar Fasa Dua Daripada Northport

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Malakoff Radiance Sdn Bhd, cabang bahagian solar Malakoff Corp Bhd memperoleh kontrak tenaga solar fasa kedua daripada Northport (Malaysia) Bhd.

MAHB Akan Teroka Peluang Pesawat Jarak Jauh Eropah Tahun Ini

PERTH, 27 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasarkan untuk menambah penerbangan jarak jauh terutama daripada syarikat penerbangan Eropah berikutan usaha Malaysia untuk memperkukuh kesalinghubungan global.

Malaysia Catat 8.7 Juta Penumpang Pada Feb 2025, Naik 6.9 Pct - MAVCOM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan trafik penumpang udara sebanyak 8.7 juta pada Februari 2025, naik 6.9 peratus dari tahun ke tahun berbanding Februari 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

MAHB Sedang Muktamadkan Syarikat Ambil Alih Slot Penerbangan Di Subang

Daripada Karina Imran

PERTH, 26 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dalam proses memuktamadkan pemilihan syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa untuk mengambil alih slot sedia ada di Lapangan Terbang Subang (SZB) tidak lama lagi.

MAHB Utamakan Kemampanan Dalam Pengembangan Lapangan Terbang, Operasi

Oleh Karina Imran

PERTH, 26 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) komited untuk menyeimbangkan pertumbuhan perniagaan dengan kemampanan, di samping mengembangkan rangkaian lapangan terbangnya dan menarik syarikat penerbangan baru.

Perjalanan Udara Asia Pasifik Meningkat Semula Lepasi Paras Prapandemik - Aapa

PERTH, 25 Mac (Bernama) -- Perjalanan udara Asia Pasifik meningkat semula melepasi paras prapandemik, dipacu oleh permintaan kukuh, pertumbuhan ekonomi global dan peningkatan jumlah penumpang, kata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).

YTL Communications Meterai MOU Dengan Equinix, Transcelestial Pacu AI Dan Ketersambungan

KUALA LUMPUR, 25 Mac  (Bernama) -- YTL Communications Sdn Bhd memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Equinix Inc dan Transcelestial bagi membawa penyelesaian teknologi terkini untuk perniagaan di Malaysia dengan meningkatkan kapasiti ketersambungan dan kebolehan AI di seluruh negara.

AirAsia Jangka 2025 Jadi Tempoh "Bullish", Dipacu Pemulihan Positif, Kesalinghubungan

SEPANG, 25 Mac (Bernama) -- AirAsia menjangkakan tahun kewangan 2025 menjadi tempoh “bullish” atau tahun peningkatan kukuh, dipacu pemulihan yang positif, pengembangan strategik dan kecekapan operasi.

MAHB Bersedia Mengukuhkan Rangkaian, Sambungan Di Routes Asia 2025

Oleh Karina Imran

PERTH, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersedia untuk mengukuhkan rangkaian dan sambungannya di Routes Asia 2025, Perth, yang mana ia dijadualkan memenuhi matlamat 18 syarikat penerbangan yang menjadi sasaran.

Fasa Pertama Perlis Inland Port Berupaya Kendali 300,000 TEU Kontena Setahun - Loke

PADANG BESAR, 24 Mac (Bernama) — Fasa 1 Projek Perlis Inland Port (PIP) di Chuping, di sini, dijangka siap pada suku ketiga tahun ini berupaya mengendalikan 300,000 bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena setahun.

Kenanga Jangka Perdagangan Luar Malaysia Kekal Lima Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan perdagangan luar Malaysia akan kekal pada kadar lima peratus pada 2025, didorong oleh permintaan teknologi global dan faktor lain, meskipun prestasi Februari lebih perlahan daripada jangkaan.

Penggiat OGSE Malaysia Perlu Manfaatkan Kepakaran Peralihan Tenaga Bagi Jangkau Pasaran Pengguna

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penggiat tempatan dalam perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) perlu memanfaatkan kepakaran peralihan tenaga untuk menjangkau pasaran pengguna hiliran, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.