2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah berjumlah RM444.23 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 berbanding RM493.67 juta bagi suku sama tahun kewangan 2024.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM95.64 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM122.08 juta pada tahun sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Hari kedua WE2025: Future in Motion -- Women in Trade, Investment and Leadership diteruskan dengan keterlbatan Malaysia dan Kosovo dalam menumpukan peluang untuk menggalakkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman dan Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Johor menjangkakan akan mengekalkan trajektori ekonomi kukuh tahun ini dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.4 peratus, menyamai prestasi tahun lepas manakala pertumbuhan untuk 2026 diunjur berada dalam lingkungan antara 4.8 dan 6.8 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd meraih keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM281.25 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 Sept 2025 berbanding RM335.13 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM534.58 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 daripada RM500.57 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pendapatan e-dagang Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2025 meningkat 1.9 peratus tahun ke tahun kepada RM937.5 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menggantung jualan singkat harian (IDSS) D&O Green Technologies Bhd untuk sepanjang hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pengerusi Eksekutif YTL Corporation Tan Sri Francis Yeoh menerima anugerah Tokoh ASEAN Tahun 2025 – Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Asian Business Awards 2025 ke-26 di London, kata Asian Media Group United Kingdom (UK).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia dijangka kekal positif dalam jangka masa terdekat, di tengah-tengah persekitaran global yang mencabar serta kelemahan permintaan daripada rakan dagang utama, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).