BERITA TERKINI   DBKL bersama KKM, KPDN akan buat pemeriksaan di bazar Ramadan setiap hari demi jaga kualiti dan harga makanan - Hannah | Kadar sewa tapak bazar Ramadan di bawah seliaan DBKL diturunkan daripada RM500 kepada RM400 - Hannah | Jemaah Menteri larang tindakan jadikan Malaysia sebagai tempat pembuangan e-waste - PM Anwar | Kerajaan MADANI beri laluan penuh kepada pihak berkuasa banteras aktiviti rasuah dan salah guna kuasa - PM Anwar | Isu ladang ternakan babi: PM Anwar harap projek dibatalkan dahulu, pertimbang kawasan baharu yang lebih baik | 

Terdapat 888 berita berdasarkan kata kunci carian "rumah"

Ekonomi Malaysia Diunjur Berkembang 4.5 - 5.5 Peratus Pada 2025 Didorong Permintaan Dalam Negeri, Eksport Dijangka Sederhana - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada  2025 didorong oleh permintaaan dalam negeri yang terus kukuh dan landskap pelaburan mantap dengan eksport dijangka sederhana dalam keadaan ketidakpastian luaran, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNPL Dan Hutang: Antara Kemudahan Dan Kebimbangan

PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Keupayaan pengguna untuk membayar semula hutang daripada kemudahan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) semakin menjadi perhatian terutama dengan pertumbuhan ketara dalam transaksi BNPL di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko keberhutangan yang tinggi dan kepentingan literasi kewangan.

RUU Kredit Pengguna 2025 Dijangka Diwartakan Menjelang Akhir Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia yang juga Ketua Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) Abu Hassan Alshari Yahaya.

Inflasi Malaysia Meningkat Dengan Kadar Perlahan 1.5 Peratus Pada Februari 2025 – Perangkaan

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

RAM Ratings Kekal Prospek Stabil Terhadap Sektor Perbankan Malaysia Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengekalkan prospek stabil terhadap sektor perbankan Malaysia pada 2025 meskipun terdapat tekanan luaran.

Lagenda Perluas Operasi Ke N. Sembilan, Beli Tanah Dengan GDV Bernilai RM550 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Lagenda Properties Bhd (Lagenda) sedang mengembangkan kehadirannya di seluruh negara dengan langkah strategik meneroka pasaran Negeri Sembilan susulan pembelian tanah di Seremban yang mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM550 juta.

Rehda Optimis Sasaran Jualan Bernilai RM180 Bilion Boleh Dicapai

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka mengukuh pada separuh kedua 2025 dan berada di landasan untuk mencapai jualan RM180 bilion tahun ini, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia.

IKEA Rancang Buka Kedai Fizikal Di Sarawak

KUCHING, 20 Mac (Bernama) -- IKEA iaitu peruncit kelengkapan rumah dari Sweden merancang untuk membuka kedai fizikal di Sarawak sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.

Pesara Perlu Peruntuk Sedikit Simpanan Dalam Pelaburan Jana Hasil Pulangan Tinggi - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Pesara harus mengalihkan sebahagian kecil daripada simpanan mereka ke dalam instrument pasaran modal yang boleh memberi hasil lebih tinggi untuk meningkatkan kecukupan persaraan mereka dan bukan sebaliknya memegang tunai di tangan.

Gagasan Nadi Unit Raih Kontrak RM134.41 Juta Di Bandar Elmina, Selangor

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Nadi Emery Sdn Bhd (NESB) yang juga unit Gagasan Nadi Cergas Bhd, berjaya memperoleh kontrak bernilai RM134.41 juta daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).

CTOS Ajak Rakyat Malaysia Periksa Skor Kredit Dalam Kempen 'Kredit Kau Hijau'

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Agensi pelaporan kredit swasta, CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) mengajak rakyat Malaysia untuk memeriksa skor kredit mereka dengan pelancaran kempen terbaharunya, Kredit Kau Hijau.

Pasaran Sewa Naik 3.9 Peratus, Tertinggi Dalam Lima Tahun Kepada Purata RM2,052 -- IQI

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pasaran sewa di Malaysia meningkat sebanyak 3.9 peratus tahun ke tahun kepada purata RM2,052, tertinggi dalam tempoh lima tahun pada suku keempat 2024, menurut gergasi hartanah IQI.