1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dalam kedudukan tepat untuk mengemudi cabaran luar pada tahun ini susulan dasar pentadbiran Presiden Donald Trump 2.0 selain mencapai pertumbuhan mampan dengan mengekalkan persekitaran dasar yang stabil serta memanfaatkan sektor pertumbuhan utama.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Selasa, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian, utiliti dan perkhidmatan kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- RAM Ratings menjangkakan terbitan bon korporat kekal positif anatara RM110 bilion-RM120 bilion pada 2025, disokong oleh pembiayaan infrastruktur dan keperluan pembiayaan perniagaan.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 yang terdiri daripada 10 anggota ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan dijangka terus berkembang dengan kukuh pada 2025 meskipun berdepan risiko luaran, kata Ketua Ahli Ekonomi Pejabat Penyelidik Makroekonomi ASEAN+3 Khor Hoe Ee.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM1.11 bilion pada tahun kewangan 2024, meliputi 89 dana borong dan runcit.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah hari ini berikutan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
1tahun ago
PETALING JAYA, 17 Jan (Bernama) -- Masa depan Johor Bahru sebagai hab ekonomi utama banyak bergantung kepada kejayaan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Johor selain kerjasama dengan republik Singapura.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang juga bagi hari keempat berturut-turut ketika pelabur meneliti semula kedudukan masing-masing susulan pengumuman data ekonomi negara maju itu yang lebih lemah, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan kelemahan momentum belian.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian hari ini walaupun mencatatkan kenaikan pada awalnya berikutan penjualan asing besar-besaran dan sekali gus menongkah aliran pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun untuk dibuka lebih tinggi pada sesi awal dagangan Khamis, didorong oleh pemulihan sentimen susulan prestasi semalaman Wall Street yang memberangsangkan.