4bulan ago
Oleh Nur Aiman Najwa Dzamae
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- IBM Malaysia Sdn Bhd berharap Belanjawan 2026 akan menyediakan insentif yang lebih kukuh dan bersasar terhadap kecerdasan buatan (AI) bagi memesatkan transformasi digital meliputi sektor utama ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Produktiviti pekerja Malaysia meningkat 2.4 peratus pada 2024 dengan nilai tambah per pekerja berjumlah RM99,265 berbanding RM96,914 pada tahun sebelumnya, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
4bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mahu memanfaatkan amalan ekonomi kitaran termaju yang dimiliki Finland dalam pengurusan sisa, infrastruktur hijau dan reka bentuk produk mampan, kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di sini, Al-Fadil Adam.
4bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menggandakan eksport ke Finland menjelang 2030 terutama dalam sektor utama, yang melibatkan elektronik, makanan halal dan bahan binaan hijau.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan digesa memperuntukkan dana bagi membangunkan dan menaik taraf kemudahan penerimaan pelabuhan (PRF) untuk meningkatkan pematuhan alam sekitar di bawah Belanjawan 2026, kata Hexagon Synergy Group.
4bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 perlu mencapai keseimbangan yang tepat antara pengukuhan fiskal dan langkah yang menyokong pertumbuhan untuk memastikan daya tahan sektor perbankan dan ekonomi secara keseluruhan, kata RHB Banking Group.
4bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada Isnin, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lebih kukuh, disokong oleh minat belian berterusan dalam saham penjagaan kesihatan dan kewangan, kata seorang penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) dan Polaris Bio Co Ltd memeterai pelaburan sebanyak RM700 juta bagi membangunkan kemudahan penaiktarafan biogas berasaskan efluen kilang minyak sawit (POME) di Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia akan memudahkan kemasukan eksport produk pertanian dan ternakan dari Pakistan termasuk daging lembu dan jenis daging lain ke negara ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi sedikit, menjejaki pengukuhan pasaran serantau dengan pembelian berterusan pada saham wajaran tinggi terpilih yang menyokong sentimen pasaran.
4bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) sedia menyokong inisiatif kerajaan dalam meneroka peluang membabitkan sektor-sektor baharu serta strategik yang menjadi sebahagian usaha meningkatkan daya tahan ekonomi Malaysia.
4bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Evolusi teknologi yang pesat dalam industri telekomunikasi menekankan keperluan untuk kerajaan terus menyediakan sokongan untuk lebih banyak kerjasama dalam teknologi 5G dalam kalangan perusahaan.