Terdapat 999 berita berdasarkan kata kunci carian "filipina"

Dolar AS Rendah Dorong Ringgit Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu respons terhadap jangkaan yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

ASEAN Diterajui Malaysia Tawar Kepelbagaian Pasaran Kepada EFTA – Ketua Delegasi Swiss

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- ASEAN khususnya Malaysia menawarkan peluang kepebagaian pasaran kepada Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) bagi mengembangkan capaian perdagangannya, kata Ketua Delegasi Switzerland Thomas Aeschi.

BNM, Perbendaharaan Akan Teliti Semula Laporan Terkini KDNK Malaysia Oleh IMF - Anwar

PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbendaharaan akan meneliti semula penilaian terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia, seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjejaki peningkatan dalam indeks dolar US (DXY) susulan pasaran bertindak balas terhadap petunjuk bahawa Presiden AS Donald Trump mungkin akan mengubah pendirian mengenai dasar tarif.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang terus mengukuh susulan peningkatan optimis terhadap prospek rundingan dagangan membabitkan Washington-Beijing, kata ahli ekonomi.

Tarif: MITI Komited Cari Penyelesaian Terbaik Untuk Malaysia - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk mencari penyelesaian terbaik dalam isu tarif balas demi kepentingan bersama, kata Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

IMF Semak Unjuran KDNK Malaysia Kepada 4.1 Peratus Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2025 kepada 4.1 peratus daripada 4.7 peratus sebelumnya, mencerminkan semakan penurunan yang lebih meluas di seluruh rantau ini. 

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen pasaran kekal tertumpu kepada kenyataan berubah-ubah Presiden AS mengenai kedudukan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed).

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi penutupan hari ini berikutan kebimbangan baharu mengenai ketidaktentuan ekonomi global dan petunjuk bercampur-campur daripada dasar monetari Amerika Syarikat (AS), kata ahli ekonomi.

Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal, Peniaga Sasar Paras Sokongan RM4.36

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam urus niaga awal hari ini ketika unit tempatan itu dijangkakan cuba melepasi paras sokongan segera pada 4.36.

Ringgit Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir Enam Bulan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras tertingginya dalam tempoh hampir enam bulan berbanding dolar AS pada sesi penutup hari ini mencecah paras 4.36 di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS). 

Pelabur Asing Jual Ekuiti Dalam Pasaran Asia Berjumlah RM3.84 Bln

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$3.84 bilion (US$1 = RM4.39).