10bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keputusan Malaysia untuk beralih dari rangkaian borong tunggal (SWN) kepada model dwi rangkaian bagi 5G dijangka memacu persaingan, menarik pelaburan dan mempercepatkan transformasi digital negara, kata Persatuan GSM (GSMA).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah, diasak aktiviti jualan membabitkan saham wajaran tinggi tertentu selain menjejaki prestasi pasaran serantu ketika pelabur kian gelisah terhadap kebimbangan berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada 2024 mencerminkan pengembangan ekonomi, peningkatan hasil dan pertambahan peluang pekerjaan kepada rakyat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memulakan usaha kerjasama dengan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) menerusi pemeteraian Surat Hasrat (LOI) berkaitan kerjasama dalam bidang khusus.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan yang tradisional serta memberi tumpuan kepada kerjasama yang bersifat transformasi dan berorientasikan masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Energy & Gas Trading (PEGT) sedang memantau pengeluaran minyak dan gas yang rendah di Semenanjung Malaysia serta secara proaktif berkolaborasi dengan pihak berkepentingan untuk memastikan bekalan gas yang berterusan dan stabil di negara ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang ASEAN berikutan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang lebih kukuh pada suku akhir 2024, kata penganalisis.
10bulan ago
GEORGE TOWN, 16 Feb (Bernama) -- Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengetuai misi penggalakan pelaburan Pulau Pinang ke Jepun dari 16-22 Feb untuk memperbaharui dan mengeratkan hubungan dengan ibu pejabat korporat pelabur Jepun di negeri itu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik dalam keadaan ketidaktentuan global.