BERITA TERKINI   Liga Super : Melaka 1 - 2 JDT | PH kesal tindakan 14 ADUN UMNO / BN Negeri Sembilan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan - Fahmi | Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Biobahan Api ditubuhkan bagi menyelaraskan pelaksanaan agenda keselamatan tenaga negara - Akmal Nasrullah | Peranan GLC dan GLIC bukan sekadar pertahan pulangan pelaburan, malah bantu perkukuh daya tahan ekonomi - Akmal Nasrulllah | Kerajaan tumpu pada sektor elektrik, industri pembinaan, pasaran buruh dan penilaian ekonomi jangka sederhana dalam mesyuarat MTEN minggu ini - Akmal Nasrullah | 

Terdapat 828 berita berdasarkan kata kunci carian " donald trump"

Ringgit Teruskan Aliran Mengukuh Didorong Perang Dagangan AS-China Yang Mereda

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Isnin, dipacu oleh ketegangan dagangan AS-China mereda serta kelemahan data ekonomi Washington yang menekan dolar.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal mendapat sokongan pada minggu hadapan berikutan ketidakpastian terhadap dasar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang memacu lonjakan harga emas global baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dijangka Cecah Paras Sokongan 4.36 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump

Ringgit Ditutup Mengukuh Kepada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir Tiga Minggu

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Ringgit terus meningkat, mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu berbanding dolar AS berikutan keyakinan meningkat bahawa pentadbiran baharu di bawah Donald Trump akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar dan secara berperingkat dalam melaksanakan tarif import lebih tinggi. 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) --  Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati mengenai dasar pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terutamanya mengenai tarif dan geopolitik, kata seorang penganalisis.

Ringgit Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 2 Minggu

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Sentimen Serantau Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi berkaitan Petronas, syarikat telekomunikasi dan perbankan terpilih, menggambarkan sentimen berhati-hati yang terus memberi kesan terhadap pasaran serantau.

Prestasi Niaga Hadapan Serantau, Isu Bekalan Pacu Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan komoditi itu selain kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli, kata peniaga.

Tarif AS 25 Peratus Cabaran Kepada Malaysia - Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah, diasak aktiviti jualan membabitkan saham wajaran tinggi tertentu selain menjejaki prestasi pasaran serantu ketika pelabur kian gelisah terhadap kebimbangan berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Pengumuman Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi lagi pada Rabu disebabkan ketidaktentuan yang semakin meningkat susulan pengumuman tarif terkini oleh Donald Trump.

Pertumbuhan KDNK Di Rantau Asia-Pasifik Diunjur Perlahan Kepada 3.7 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.