Terdapat 1083 berita berdasarkan kata kunci carian " ekuiti"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif apabila ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih seiring dengan trend meningkat di pasaran serantau, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih yang wujud semula dalam sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata peniaga.

Ketegangan Geopolitik Dijangka Jejas Prestasi Berjaya Food Dalam Masa Terdekat-- HLIB

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Berjaya Food Bhd (Berjaya Food) dijangka terus tertekan dengan ketegangan geopolitik, sekali gus akan menjejaskan prestasinya dalam tempoh terdekat, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Pemegang Unit Pavilion REIT Beri Kelulusan Beli Aset Hospitaliti RM480 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mendapat kelulusan kalangan pemegang unit untuk membeli dua aset hospitaliti utama, Banyan Tree Kuala Lumpur (BTKL) dan Pavilion Hotel Kuala Lumpur (PHKL) pada RM480 juta.

Affin Terima Penarafan A3, Tinjauan Stabil Daripada Moody's

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kumpulan Affin telah menerima penarafan kredit antarabangsa pertamanya A3 dengan tinjauan yang stabil daripada Moody’s Ratings (Moody’s). 

Aktiviti Belian Kukuh Saham Wajaran Tinggi Bantu Lonjakkan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Aktiviti pembelian berterusan saham telekomunikasi dan media terpilih serta kaunter utiliti melonjakkan Bursa Malaysia untuk ditutup pada paras intra hari tertingginya hari ini sejajar dengan momentum positif merentas pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Belian Ketara Saham Terpilih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian ketara saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan momentum positif di peringkat pasaran serantau.

Aktiviti Pengambilan Untung Seret Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan awal untuk ditutup sedikit rendah hari ini, diseret turun akibat aktiviti pengambilan untung di kaunter perkhidmatan kewangan serta kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, kata seorang penganalisis pasaran.

Pasaran Kewangan Tempatan Kekal Berdaya Tahan Di Sebalik Ketidaktentuan Global - BNM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan dan terus menjadi pengantara dengan berkesan di sebalik ketidaktententuan global, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Pelabur Bimbang Prospek Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih memandangkan pelabur masih bimbang mengenai prospek pasaran global, kata peniaga.

Aktiviti Ambil Untung Saham Terpilih, Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencatat penyusutan kecil susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham-saham telekomunikasi, pembinaan serta tenaga, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit tetapi beralih kepada tinggi kemudiannya pada Isnin, didorong oleh sentimen positif aliran masuk dana oleh pelabur asing sepanjang minggu lepas, kata penganalisis.