Terdapat 991 berita berdasarkan kata kunci carian " pap"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti jualan dalam sektor perkhidmatan kewangan dan produk industri dan perkhidmatan berwajaran tinggi dalam persekitaran ketegangan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell.

Jingxing Group Komited Sediakan RM1.9 Bilion Bagi Pengembangan Operasi Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zhejiang Jingxing Paper Joint Stock Co. Ltd, Jingxing Holdings (M) Sdn Bhd komited menyediakan RM1.9 bilion bagi pengembangan fasa kedua operasinya di Banting, Selangor.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Susut 0.93 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Bursa Malaysia terus berada dalam wilayah kurang memberangsangkan setakat dagangan tengah hari ini susulan aktiviti jualan membabitkan saham-saham perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan.

Taobao Malaysia Bakal Lancar Antara Muka Bahasa Malaysia Pada Jun

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Platform e-dagang Taobao Malaysia merancang untuk melancarkan antara muka (interface) dalam Bahasa Malaysia menjelang Jun 2025.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih rendah kerana pelabur mengambil keuntungan berikutan ketegangan perang perdagangan yang semakin meningkat.

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya susut berikutan sentimen pasaran menjadi berhati-hati.

Bursa Malaysia Naik 1.09 Peratus, Sedikit Lagi Cecah Paras Psikologi 1,500

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada hari dagangan terakhir minggu ini disokong oleh petunjuk positif serantau dan sentimen pelabur yang memulih, walaupun hanya sedikit sahaja lagi untuk mencecah paras psikologi 1,500. 

FBM KLCI Tinggi Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi Didorong Saham Perbankan, Telekomunikasi

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong pembelian berlanjutan ke atas saham berwajaran tinggi terutama sektor perbankan, telekomunikasi dan perladangan, dalam keadaan minat pelabur yang berterusan serta prospek sektor yang optimistik.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada sesi dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street yang bercampur-campur berikutan pelabur kekal optimis dengan berhati-hati dalam ketidaktentuan berterusan mengenai prospek tarif Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi sedikit selepas permulaan yang lembap pada Khamis, disokong oleh kenaikan dalam saham berwajaran tinggi didahului sektor produk pengguna, telekomunikasi dan perbankan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Wall Street

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, April 17 (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki penurunan Wall Street dalam tempoh semalaman apabila pelabur kekal dengan sentimen berhati-hati dalam keadaan ketidaktpastian ekonomi yang berterusan berkaitan dasar tarif Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, terjejas oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif perdagangan global.