Aktiviti Pengambilan Untung Di Wall Street Beri Impak Kepada Bursa Malaysia
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Khamis) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki penutupan bercampur-campur semalaman di Wall Street, apabila peniaga mengambil keuntungan selepas penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) seperti yang dijangka, serta unjuran bagi pelarasan selanjutnya.