Terdapat 506 berita berdasarkan kata kunci carian " september 2025"

Penyelidikan Perbendaharaan Dan Pasaran CIMB Jangka BNM Kekal OPR Pada 2.75 Peratus Dalam Mesyuarat Terakhir MPC

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 6 November, disokong oleh petunjuk makroekonomi yang kukuh. 

Aset Rizab Malaysia Pada US$123.6 Bilion Setakat Akhir September 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berada pada US$123.6 bilion (US$1= RM4.19) pada akhir September 2025, meningkat daripada US$122.68 bilion pada akhir Ogos 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Permintaan Kargo Udara Syarikat Penerbangan Asia-Pasifik Naik 6.8 Peratus Pada September - IATA

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan Asia-Pasifik menyaksikan permintaan kargo udara tumbuh 6.8 peratus bagi tahun ke tahun pada September 2025, demikian menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Susut 0.8 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, mencatat penurunan kecil 0.8 peratus pada September 2025, berkurangan daripada penurunan 2.8 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengecualian Tarif AS Langkah Positif Untuk Industri Minyak Sawit Malaysia – MPOC

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengalu-alukan pengecualian tarif yang diberikan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk produk terpilih Malaysia termasuk minyak sawit di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang baru dimeterai.

LPI Capital Catat Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM114.83 Juta Pada Suku Ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- LPI Capital Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM114.83 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025 daripada RM123.94 juta pada suku ketiga 2024.

Insentif Elaun Modal Automasi Jana Pelaburan Lebih RM1.8 Bilion - MITI

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Insentif Elaun Modal Automasi telah menyaksikan pelaburan tambahan bernilai lebih RM1.8 billion daripada syarikat yang menjalankan operasi automasi setakat 31 Mei, 2025.

Terengganu Catat Jumlah Pelaburan Komited RM4.3 Bilion Setakat September 2025

KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Bernama) -- Terengganu mencatat jumlah pelaburan komited sebanyak RM4.3 bilion setakat September tahun ini, dipacu oleh sektor tenaga boleh baharu.

ECERDC Realisasi Pelaburan RM1.12 Bilion Di Kelantan Setakat September 2025

KOTA BHARU, 23 Okt (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) terus memperkukuh pertumbuhan ekonomi di Kelantan dengan merealisasi pelaburan RM1.12 bilion setakat September 2025, dengan sektor pembuatan menjadi penyumbang utama pertumbuhan ekonomi negeri.

Semakan Cukai Eksais OMV Dijangka Ditangguh Lagi - RHB IB

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Semakan cukai eksais mengikut penilaian pasaran terbuka (OMV) yang dijadual dilaksanakan pada Januari 2026 dijangka ditangguhkan untuk kali kelima, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

"Sesuatu Yang Besar" Dijangka Diumum Daripada Lawatan Trump Ke Sidang Kemuncak ASEAN

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pengesahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di sini, yang dijadual tiba beberapa hari lagi, dijangka membawa pengumuman besar, kata ahli ekonomi.

Inflasi Malaysia Meningkat 1.5 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.5 peratus pada September 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.2 berbanding 133.2 pada tempoh sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).