BERITA TERKINI   Tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung 47 pertuduhan terhadap Ahmad Zahid berkaitan Yayasan Akalbudi -  AGC | Noor Azman kembali menggalas tugas sebagai Setiausaha Agung FAM berkuat kuasa serta-merta - FAM | Penjawat awam di KL, Putrajaya, Labuan dapat cuti gantian pada 2 Feb susulan pertindihan Hari Wilayah dan Thaipusam pada 1 Feb - JPA | Bekas Panglima Tentera Darat direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah kartel tender perolehan Tentera Darat | 

Terdapat 1468 berita berdasarkan kata kunci carian " singapura"

Ringgit Dibuka Hampiri Paras Tertinggi Lima Tahun Pada 4.07 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh pada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun walaupun dolar AS meningkat ketika penggiat pasaran terus meneliti hala tuju dasar bank pusat negara maju itu.

Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Langkah Besar Liberalisasi, Berpotensi Manfaatkan Malaysia 

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan di China, yang akan memulakan operasi khas kastam di seluruh pulau Hainan pada 18 Dis 2025, membuktikan lagi liberalisasi ekonomi China yang berterusan, berbanding dengan hala tuju dasar Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar Akhiri Kenaikan Empat Hari Berturut-turut

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu mengakhiri peningkatan empat hari berturut-turutnya apabila sesetengah peniaga mengambil keuntungan.

Ringgit Mengukuh Kepada Paras 4.07 Berbanding Dolar AS, Dipacu Sentimen Lebih Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Ringgi mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan dibuka pada Rabu, mengekalkan momentum positif apabila diniagakan pada paras 4.07, prestasi tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun, dipacu sentimen domestik dan luaran yang lebih baik.

Ringgit Kekal Kukuh, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada Selasa, ditutup pada paras 4.08 berbanding dolar AS menjelang pengumuman data pekerjaan bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Ringgit Dibuka Tinggi Pada 4.08 Berbanding Dolar AS, Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi pada paras 4.08 berbanding dolar AS pada pada Selasa, menandakan prestasi paling kukuh dalam tempoh hampir lima tahun, apabila keyakinan yang bertambah baik dalam ekonomi Malaysia memacu permintaan terhadap mata wang tempatan.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, selepas berlegar menghampiri paras 4.09 minggu lepas, dalam persekitaran sentimen pelabur yang kekal optimis namun berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi utama AS.

Ringgit Kekalkan Aliran Meningkat, Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ringgit mengekalkan aliran meningkat, dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih baik dalam ekonomi Malaysia dan ketegangan perdagangan yang mereda menyokong mata wang tempatan.

Megah Port, Sailion Shipping Antara Penerima Anugerah Kecemerlangan CILTM Sabah

KOTA KINABALU, 14 Dis (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dan syarikat sekutunya, Sailion Shipping Sdn Bhd adalah antara pemain industri logistik, pengangkutan dan maritim yang menerima Anugerah Cemerlang Institut Bertauliah Logistik dan Pengangkutan Malaysia (CILTM) Seksyen Sabah atas sumbangan mereka kepada sektor itu.

Sarawak Rangka Semula Strategi Taman Industri, Tumpu Masa Depan, Ekonomi Rendah Karbon

KUCHING, 13 Dis (Bernama) -- Sarawak bersedia untuk merangka semula strategi pembangunan ekonominya dengan memberi lebih tumpuan kepada industri masa depan, teknologi tinggi dan ekonomi rendah karbon, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati Antara RM4.09-RM4.11 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan, bergerak antara RM4.09 dan RM4.11 berbanding dolar AS selepas mengukuh sebanyak 0.39 peratus minggu ke minggu.

Ringgit Terus Melonjak, Cecah 4.09 Berbanding Dolar AS, Paras Tertinggi Sejak April 2021

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positif apabila melonjak ke paras 4.09 berbanding dolar AS semasa ditutup pada Jumaat, mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh empat tahun tujuh bulan, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang positif.