11bulan ago
Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin
ABU DHABI, 13 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan beliau bersama syarikat-syarikat gergasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) sewaktu lawatan kerja tiga hari ke negara itu akan merapatkan hubungan dua hala selain melonjakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan yang terjalin selama ini.
11bulan ago
Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin
ABU DHABI, 13 Jan (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), salah satu dana kekayaan terbesar di dunia dengan aset dianggarkan melebihi US$1 trilion menyatakan komitmen untuk terus mempertingkat pelaburannya di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) – Kerajaan akan mempermudah kelulusan kewangan rentas sempadan di bawah Dasar Pertukaran Asing bagi membolehkan aliran dana secara cekap mengikut saiz disasarkan dalam memastikan Malaysia kekal berdaya saing untuk menarik modal teroka asing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 Malaysia mengesahkan komitmen kerajaan ke arah pengukuhan fiskal secara beransur-ansur daripada paras hutang yang tinggi berbanding rakan setara, menurut Fitch Ratings.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Defisit Kerajaan Persekutuan yang berkurangan pada RM80 bilion tahun depan iaitu susut RM4.3 bilion daripada semakan unjuran RM84.3 bilion tahun ini, hanya mengunjurkan keperluan pinjaman bersih yang lebih sederhana pada 2025, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
1tahun ago
VIENTIANE, 12 Okt (Bernama) - Sidang kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 yang baru sahaja menutup tirainya merupakan penampilan berjaya bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa negara anggota agar bukan sahaja meningkatkan kemakmuran menerusi inisiatif baharu tetapi juga agar pihak-pihak berkonflik meneruskan diplomasi untuk mencapai keamanan di rantau ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Oracle hari ini mengumumkan pihaknya merancang untuk melabur lebih US$6.5 bilion (US$1 = RM4.15) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Perjanjian jual beli (SPA) ditandatangani Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah sejajar dengan strategi pelaburan semula jangka masa panjangnya, menekankan peningkatan pulangan dan memastikan pertumbuhan kewangan yang mampan, kata pakar ekonomi Prof Dr Geoffrey Williams.