Terdapat 901 berita berdasarkan kata kunci carian " berhati-hati"

Untung Bersih Suku Ketiga MBSB Susut Kepada RM95.64 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM95.64 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM122.08 juta pada tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal hari ini dengan lebih rendah susulan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus berwaspada terhadap risiko luar.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di Wall Street pada Jumaat lepas dan aktiviti belian saham pada harga rendah. 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Petunjuk Fed Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin walaupun sentimen kekal berhati-hati berikutan kenyataan bertentangan daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan pelabur tidak pasti mengenai hala tuju jangka pendek mata wang itu.

Ringgit Diunjur Cecah 4.13-4.16, Cenderung Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.13-4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan cenderung meningkat pada minggu depan selepas mengalami turun naik minggu ini ketika pasaran menurunkan sentimen kemungkinan negara maju itu mengurangkan kadar faedahnya dalam mesyuarat Disember ini.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lemah Minggu Hadapan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih rendah pada minggu hadapan, dengan para peniaga melihat penyatuan dalam jajaran US$4,015 hingga US$4,075 setiap auns troy.

Niaga Hadapan KLCI Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar minggu depan. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Trend Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih rendah, menunjukkan prestasi lemah di bursa serantau berikutan jualan besar-besaran di Wall Street dalam tempoh semalaman telah menjejaskan sentimen pelabur.

Untung Suku Ketiga Press Metal Meningkat Susulan Harga Lebih Baik, Jumlah Jualan Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 meningkat kepada RM563.30 juta berbanding RM402.30 juta tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia gagal mempertahankan kenaikan semalam yang menyebabkan ia ditutup rendah hari ini disebabkan pengambilan untung apabila penjualan ke atas saham wajaran tinggi terpilih meningkat dalam dua jam terakhir dagangan.

Kerugian Pos Malaysia Berkurangan Kepada RM45.23 Juta Dalam Suku Ketiga

 KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM45.23 juta untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept 2025, mengurangkan kerugian bersih sebanyak RM49.89 juta pada suku yang sama tahun sebelum ini.

FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Belian Semasa Harga Murah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam walaupun prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.