Terdapat 54 berita berdasarkan kata kunci carian " budi95"

Sistem Digunakan Dalam BUDI95 Selamat Daripada Ancaman Siber - Gobind

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa sistem yang digunakan dalam pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) selamat daripada sebarang ancaman siber, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. 

Kerajaan Madani Peruntuk RM11 Bilion Laksana BUDI95, Lindungi Kesejahteraan Rakyat - MoF

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) — Kerajaan MADANI memperuntukkan sekitar RM11 bilion untuk menampung perbezaan antara harga bersubsidi RM1.99 seliter dan harga pam tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter di bawah inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi melindungi kesejahteraan rakyat.

Malaysia Berada Di Landasan Capai Sasaran Defisit Susulan Penjimatan Subsidi BUDI95 Hingga RM4 Bilion

SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran defisit belanjawan tahun ini sebanyak 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berikutan pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Larangan Kenderaan Asing Beli RON95 Kekal Walaupun Diapungkan - Amir Hamzah

GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan hari ini menegaskan larangan bagi kenderaan nombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON95 masih kekal walaupun bahan api itu akan diapungkan untuk golongan bukan layak bagi subsidi itu.

Subsidi Bersasar RON95 Dijangka Kurangkan Defisit Fiskal, Tambah Baik Pengurusan Hutang Negara - Pakar Ekonomi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Rasionalisasi subsidi RON95 menunjukkan pencapaian penting dalam usaha pembaharuan struktur ekonomi Malaysia, dengan pengurangan perbelanjaan subsidi dijangka membantu mengurangkan defisit fiskal serta menambah baik kaedah pengurusan hutang kerajaan.

Rasionalisasi Subsidi RON95 Dijangka Kukuhkan Kedudukan Fiskal Negara – Ahli Ekonomi

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Keputusan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar dijangka berupaya mengukuhkan kedudukan fiskal Malaysia sambil memastikan bantuan sampai kepada rakyat, kata ahli ekonomi.