Terdapat 330 berita berdasarkan kata kunci carian " cuti"

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang sebaliknya susut menjelang penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.

Prestasi Ringgit, Harga Minyak Dorong Pasaran Getah Ditutup Meningkat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, disokong oleh penurunan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan pengukuhan harga minyak mentah, kata peniaga.

Institusi Tempatan Kekal Pembeli Bersih Minggu Keenam Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keenam berturut-turut dengan aliran masuk bersih RM639.5 juta berbanding pelabur runcit tempatan yang merekodkan aliran keluar bersih minggu keempat berturut-turut berjumlah RM90.2 juta.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street minggu lepas walaupun sentimen global yang perlahan berikutan musim cuti.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Bagi Sesi Ke-12 Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum meningkat pada Isnin, dibuka lebih tinggi untuk sesi ke-12 berturut-turut menjelang minggu dagangan yang singkat kerana cuti umum menjelang Tahun Baharu.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Musim Cuti

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan musim cuti terus menjejaskan aktiviti pasaran, kata seorang ahli ekonomi.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, berlegar antara 4.03 dan 4.05 berbanding dolar AS di tengah-tengah minggu dagangan yang pendek berikutan cuti umum.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal positif minggu depan seiring dengan kenaikan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) berikutan minggu dagangan yang singkat sempena cuti umum sambutan Tahun Baharu.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Turun Minggu Depan Disebabkan Cuti Hujung Tahun

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kontrak FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) (FKLI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lemah minggu depan, mencerminkan keadaan cuti akhir tahun dan pergerakan dalam pasaran asas tunai.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Jumaat meskipun prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung mengakhiri rentetan kenaikannya selama lima hari dagangan.