Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun wujud sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden AS dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Rizab Persekutuan (FOMC) minggu depan.