2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Sistem Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India yang akan memasuki pasaran Malaysia, bakal meningkatkan kecekapan pembayaran, mengurangkan kos transaksi dan menyokong transaksi digital yang lebih lancar antara syarikat Malaysia dan India, serta untuk pengguna dan komuniti diaspora.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan membiayai sebanyak 35 projek berkaitan sektor pertengahan dan hiliran getah dengan dana peruntukan RM9.9 juta setakat ini, termasuk 10 projek khusus sektor sarung tangan getah bernilai RM3.5 juta, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Syarikat Malaysia disaran meneroka peluang merentas pelbagai sektor di India termasuk semikonduktor, tenaga dan pertanian, susulan naik taraf hubungan dua hala Malaysia-India kepada perkongsian strategik komprehensif pada 2024.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak RM15.0 juta, hampir sama dengan RM12.8 juta dicatatkan seminggu sebelumnya, kata MBSB Investment Bank Bhd.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Malaysia dan India mengiktiraf kemajuan ketara yang dicapai oleh Petroliam National Bhd (Petronas) dan Gentari dalam landskap tenaga boleh baharu dan hidrogen hijau India dalam sektor tenaga.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengulangi komitmen Malaysia untuk kekal sebagai pembekal minyak sawit mampan yang boleh dipercayai kepada India.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- India akan mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Malaysia terutamanya dalam sektor ekonomi digital dan semikonduktor, kata Perdana Menteri Narendra Modi.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Malaysia dan India telah bersetuju untuk mempercepatkan penggunaan ringgit dan rupee dalam perdagangan dan pelaburan dua hala, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
SERI KEMBANGAN, 7 Feb (Bernama) -- Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi, kata Perdana Menteri India, Narendra Modi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Forum CEO India-Malaysia telah menyeru agar semakan semula berstruktur dibuat ke atas Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-India (CECA) untuk diselaraskan dengan keutamaan abad ke-21 seperti perdagangan digital, perkhidmatan lanjutan dan rantaian bekalan yang berdaya tahan.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak secara mendatar minggu depan berikutan pasaran kekal dalam situasi berhati-hati.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia esok dijangka mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-India berikutan hubungan dua hala yang dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada 2024 terutama dalam perdagangan dan kerjasama ekonomi merentas pelbagai sektor, kata penganalisis.