Terdapat 239 berita berdasarkan kata kunci carian " insurans "

Produk Asas MHIT 2027 Akan Jadi Produk Kendiri Tanpa Elemen Pelaburan -- MoF

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Produk asas insurans perubatan dan kesihatan (MHIT) yang akan diperkenalkan pada awal 2027 akan menjadi produk kendiri tanpa sebarang kaitan dengan prestasi pelaburan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Lima Bank Digital Catat Deposit Berjumlah RM3.1 Bilion Setakat September 2025 - MoF

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Sebanyak lima bank digital telah beroperasi dengan mencatatkan deposit berjumlah RM3.1 bilion setakat September 2025, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Perodua Perkenal EV Pertama, QV-E Dengan Kos Pembangunan RM800 Juta Oleh Pakar Tempatan

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (EV) pertamanya, QV-E berharga RM80,000 sebelum insurans dan tidak termasuk bateri, menandakan langkah penting dalam usaha pembuat kereta nasional itu membangunkan ekosistem EV yang mampan.

Untung Bersih Allianz Malaysia’ Pada Suku Ketiga Naik Kepada RM234.17 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu kepada RM234.17 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025, meningkat daripada RM183.18 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Tune Protect, Ticket2U Tawar Ticket Refund Protection Dan Sports PA Di Indonesia

JAKARTA, 20 Nov (Bernama) -- Tune Protect Re (Tune Protect), unit insurans semula Tune Protect Group Bhd, mengembangkan kerjasama dengan Ticket2U, platform penjualan tiket di Asia Tenggara, ke Indonesia dengan pelancaran Ticket Refund Protection dan Sports Personal Accident (PA).

PIDM Lantik Abu Huraira Abu Yazid Sebagai Pengerusi Berkuat Kuasa 15 November

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) melantik Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai pengerusi berkuat kuasa 15 Nov 2025 bagi menggantikan Datuk Seri Zukri Samat yang bersara.

Ekonomi Malaysia Kekal Stabil, Berdaya Tahan - Gabenor

GEORGE TOWN, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal stabil dan berdaya tahan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran global, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

GMC Diaktifkan Semula Perkukuhkan Pengurusan Tuntutan Perubatan

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pihak industri penjagaan kesihatan serta insurans/takaful mengaktifkan semula Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan (GMC) dengan sokongan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

EXIM Bank Tukar MoU Strategik Dengan PTRB, SINOSURE Di MIHAS Shanghai 2025

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia (EXIM Bank) telah bertukar dua memorandum persefahaman (MoU) dengan PT Resources Holdings Bhd (PTRB) dan China Export & Credit Insurance Corporation (SINOSURE) semasa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Shanghai 2025. 

Malaysia Sasar Jualan RM3 Bilion Di MIHAS@Shanghai - Ahmad Zahid

Daripada Mohd Hisham Abdul Rafar

SHANGHAI, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia meningkatkan sasaran jualan kepada RM3 bilion daripada unjuran awal RM2.5 bilion yang dijana daripada acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)@Shanghai di China, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

ITO Perlu Kemuka Maklumat Kepada BNM Sebelum Laksana Pelarasan Semula Premium - Lim

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) dikehendaki mengemukakan semua maklumat diperlukan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk semakan sebelum melaksanakan pelarasan semula premium, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

MHIT Terima Maklum Balas Menggalakkan Menjelang Dimuktamad Akhir Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Rangka dan konsep produk asas insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) yang dijangka dimuktamadkan pada akhir tahun ini telah menerima maklum balas yang menggalakkan daripada ahli majlis perundingan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).