Terdapat 566 berita berdasarkan kata kunci carian " lancar"

RHB Akan Tambah Baik Kad Debit Pelbagai Mata Wang, Perkukuh Transaksi Di Luar Negara

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- RHB Banking Group merancang untuk menambah baik kad debit pelbagai mata wangnya dengan menambah dua atau tiga lagi mata wang asing menjelang suku kedua 2026, kata ketua kewangan penggunanya, Sien Vee Loc.

Proses Daftar Masuk, Kenaikan Penumpang Kembali Normal - MAHB

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengumumkan bahawa sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang di Malaysia kini telah pulih sepenuhnya oleh penyedia sistem.

Saudia Sasar Tingkat Penerbangan Malaysia-Arab Saudi, Manfaatkan Peranan KLIA

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Saudia Airlines sedang mengenal pasti peluang untuk  meningkatkan kekerapan penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi utama Arab Saudi pada 2026.

Razorpay Sasar Pertumbuhan Susulan Kematangan Pasaran Pembayaran Digital Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Razorpay Curlec Sdn Bhd menyasarkan fasa pertumbuhan seterusnya syarikat itu ketika pasaran pembayaran digital Malaysia beralih daripada penerimagunaan pantas kepada keupayaan integrasi, skala dan rentas sempadan yang lebih meluas.

LHDN Selesai Proses Bayaran Balik Cukai Berjumlah RM17 Bilion

CYBERJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memproses bayaran balik cukai berjumlah RM17 bilion melibatkan 3.53 juta kes bagi tempoh 1 Januari hingga 18 Disember lepas.

Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Langkah Besar Liberalisasi, Berpotensi Manfaatkan Malaysia 

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan di China, yang akan memulakan operasi khas kastam di seluruh pulau Hainan pada 18 Dis 2025, membuktikan lagi liberalisasi ekonomi China yang berterusan, berbanding dengan hala tuju dasar Amerika Syarikat (AS).

JC3 Lancar Panduan Pembiayaan Mampan Dan Peralihan

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3), yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerbitkan Panduan Pembiayaan Mampan dan Peralihan (STFG).

Sektor Minyak Sawit Kekal Stabil Pada 2025 Didorong Pengecualian Tarif AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Penggiat industri minyak sawit Malaysia menarik nafas lega apabila dikecualikan daripada tarif import sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), pada masa yang sama mengekalkan momentum yang stabil pada tahun ini walaupun terjejas oleh permintaan luar yang rendah dan paras inventori yang tinggi.

China Market Lancar Pusat Beli-belah Digital Di Malaysia Selaku Hab ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- China Market memilih Malaysia sebagai habnya di ASEAN, sekali gus membuka peluang kepada produk perindustrian China menembusi pasaran Asia Tenggara.

Negeri Sembilan Lancar Bandar Pembuatan AI Fotonik Bernilai US$20 Bilion

SEREMBAN, 16 Dis (Bernama) -- Negeri Sembilan telah mengumumkan pembangunan Bandar Pembuatan AI Fotonik Termaju Nilai, inisiatif pengkomputeran fotonik dan semikonduktor berskala besar pertama seumpamanya di dunia.

Rundingan Komersial Di Antara Petronas Dengan Petros Berjalan Lancar - Fadillah

KUCHING, 16 Dis (Bernama) -- Rundingan komersial yang sedang berlangsung di antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berjalan lancar dan menuju ke arah penyelesaian yang saling menguntungkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Spring Airlines Lancar Penerbangan Harian Shanghai-Pulau Pinang Bermula 30 Jan

GEORGE TOWN, 16 Dis (Bernama) -- Spring Airlines akan memulakan penerbangan harian antara Shanghai dan Pulau Pinang bermula 30 Jan 2026 sekali gus mengukuhkan lagi kesalinghubungan udara di antara China dan Malaysia.