Terdapat 69 berita berdasarkan kata kunci carian " pendapatan korporat"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini terjejas akibat aktiviti pengambilan untung, terutamanya dalam saham Tenaga Nasional dan sektor perbankan, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki Wall Street yang ditutup kukuh dengan Dow Jones Industrial Average (DJIA) mencecah paras tertinggi pada 44,000 Jumaat lepas berikutan saham kekal berada dalam kedudukan positif, kata penganalisis. 

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi kukuh dalam tempoh semalaman.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini manakala Indeks Dolar US meningkat kepada 105.009 mata, peningkatan 1.5 peratus daripada penutupan hari sebelumnya.

Sentimen Lemah, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah setakat dagangan tengah hari Jumaat berikutan sentimen negatif di peringkat tempatan yang turut memaparkan prestasi bercampur-campur di peringkat pasaran serantau, kata penganalisis.

Bursa Dibuka Dengan Catat Sedikit Perubahan Pada Jumaat

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini dalam dagangan tidak menentu berikutan sentimen bercampur-campur di Wall Street selepas pendapatan korporat menunjukkan prestasi yang berbeza-beza, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini bagi hari keempat berturut-turut, seiring dengan pasaran serantau berikutan penjualan ekuiti global yang meluas, kata seorang penganalisis.

Aktiviti Belian Sederhana Dorong Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia terus meningkat pada tengah hari Rabu, disokong oleh minat belian sederhana terhadap saham-saham wajaran tinggi dan seiring prestasi pasaran serantau, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Meskipun Prestasi Wall Street Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dalam sesi dagangan awal pada Rabu walaupun prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur ketika peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan penurunan kadar faedah kurang agresif pada bulan depan, kata penganalisis.

Kekurangan Pemangkin, Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dalam wilayah negatif pada Selasa susulan fasa konsolidasi yang berterusan berikutan kekurangan pemangkin bagi memacu minat belian, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Pembelian Sederhana Semasa Harga Murah

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis apabila pembelian sederhana semasa harga murah muncul dalam kebanyakan saham wajaran tinggi yang diterajui oleh saham produk dan perkhidmatan pengguna serta perindustrian, kata penganalisis.

Aktiviti Ambil Untung Heret Turun Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari Rabu, diasak aktiviti pengambilan untung ketika pasaran dalam proses menerima pelaporan pendapatan korporat terbaharu di Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.