Terdapat 152 berita berdasarkan kata kunci carian " penggubal dasar"

Sitra Dari Finland Pertimbang Lancar Aplikasi Penjejak Karbon Peribadi Di Malaysia

Daripada Zufazlin Baharuddin

HELSINKI, 9 Okt (Bernama) -- Dana Inovasi Finland, Sitra, melihat potensi besar untuk memperkenalkan aplikasi "Ujian Gaya Hidup" di Malaysia, membantu pengguna mengukur jejak karbon mereka dan menggalakkan pilihan gaya hidup positif dan mampan.

Tadbir Urus Teguh Pemacu Malaysia Tetapkan Hala Tuju -- Khazanah

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mampu melakar hala tujunya sendiri dengan berpandukan tadbir urus teguh atau berwibawa, kejelasan moral serta himpunan imaginasi golongan yang berani merealisasikannya, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

Penggubal Dasar ASEAN Nyatakan Kebimbangan Mengenai Piawaian Keluli Di Rantau Ini - Liew

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Penggubal dasar ASEAN menyatakan kebimbangan mereka mengenai keperluan untuk memastikan bahawa hanya keluli berkualiti tinggi digunakan dalam pembinaan bangunan pencakar langit di rantau ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Penggubal Dasar Keluli ASEAN Cadang Tubuh Majlis Keluli ASEAN, Pertingkat Kerjasama G2G

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Penggubal dasar industri keluli ASEAN mencadangkan penubuhan Majlis Keluli ASEAN bagi mempertingkat kerjasama kerajaan dengan kerajaan (G2G) dalam industri keluli serantau, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Malaysia Rumus Pelan Tindakan Ekonomi Biru Di Bawah RMK13 - Hanifah Hajar

KOTA KINABALU, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang merumuskan Pelan Tindakan Ekonomi Biru, satu rangka kerja komprehensif untuk menyelaraskan dasar, strategi dan pelaburan merentas sektor berkaitan dengan laut dan pantai.

ASEAN Digesa Jalin Kerjasama Keluli Serantau Untuk Integrasi Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Negara-negara anggota ASEAN perlu menjalin kerjasama serantau yang lebih kukuh dalam industri keluli untuk memacu pewujudan pasaran bersepadu ASEAN dan integrasi yang menyeluruh.

Malaysia Berminat Belajar Daripada Amalan Terbaik EU Bagi Realisasikan Grid Tenaga ASEAN - Fadillah

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia berminat untuk belajar daripada pengalaman Kesatuan Eropah (EU) dalam mewujudkan grid tenaga seiring dengan langkah ASEAN meningkatkan usaha untuk merealisasikan Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Eksport Halal Malaysia Cecah US$7 Bln Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Eksport halal Malaysia mencecah US$7 bilion (US$1=RM4.19) pada separuh pertama 2025, iaitu 16.1 peratus daripada eksport negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pameran Halal Terbesar Dunia MIHAS 2025 Dibuka Esok

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 edisi ke-21 (MIHAS 2025) akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, bermula 17 Sept hingga 20 Sept ini.

Kewangan Islam Perlu Bentuk Generasi Pemimpin Masa Depan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kewangan Islam perlu terus memainkan peranan utama dalam memacu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) selain membentuk generasi pemimpin masa depan yang beretika.

MPRC Gesa Pemain OGSE Manfaatkan Kepakaran Sebagai Kelebihan Pada Masa Depan

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) menggesa pemain-pemain perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) negara untuk menjadikan kepakaran yang telah terbukti sebagai kelebihan pada masa hadapan.

Bursa Malaysia Dijangka Uji Psikologi 1,600 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkat minggu depan, menguji paras psikologi 1,600 selepas melepasi paras tersebut pada Isnin lepas (25 Ogos).