| BERITA TERKINI | PM Anwar tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 yang diadakan di Cebu, Filipina | Inspace Creation Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 26.5 sen, premium 1.5 sen berbanding harga IPO sebanyak 25 sen, dengan 27.73 juta saham diniagakan | |
Terdapat 1087 berita berdasarkan kata kunci carian " sawit"
Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa, walaupun Thailand mengumumkan kawalan lebih ketat terhadap eksport MSM.
Biodiesel B100 Berpotensi Jadi Sumber Tenaga Alternatif Lebih Berdaya Saing - FELDA
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pengenalan B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit, berpotensi menjadi sumber tenaga alternatif yang lebih kompetitif dan berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan akibat krisis Asia Barat.
Kerajaan Digesa Percepat Campuran Biodiesel Tinggi Bagi Program Biodiesel Nasional - MBA
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA) menggesa kerajaan untuk mencontohi langkah proaktif yang diumumkan negara ASEAN lain dan mempercepat pelaksanaan penggunaan campuran biodiesel yang tinggi di seluruh negara melalui program biodiesel nasional bagi sektor pengangkutan dan perindustrian.
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan sentimen berhati-hati apabila pelabur menunggu data unjuran pengeluaran minyak sawit daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia.
Niaga Hadapan MSM Diunjur Meningkat Minggu Depan Ketika Konflik Asia Barat
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur diniagakan tinggi minggu depan dalam persekitaran krisis yang berlarutan di Asia Barat, kata peniaga.
Jangkaan Inventori Rendah Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, didorong jangkaan paras inventori yang lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.
Sektor Minyak Sawit Malaysia Dalam Kedudukan Menguntungkan Di Sebalik Konflik Asia Barat
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat menguntungkan sebagai salah satu pengeksport utama minyak sawit dunia, terus membekalkan minyak boleh dimakan kepada negara yang sedang bergelut dengan kenaikan harga makanan dan gangguan bekalan baja akibat penutupan Selat Hormuz.
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan Minyak Mentah
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki keuntungan dalam pasaran minyak mentah, kata seorang peniaga.
Harga MSM Dijangka Cecah RM4,350 Satu Tan Berikutan Bekalan Terhad - Hong Leong IB
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dijangka meningkat kepada RM4,350 satu tan, naik RM150 setiap tan berikutan keadaan bekalan jangka pendek yang lebih terhad, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan penurunan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Kenaikan Harga Minyak Mentah, Kacang Soya
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan harga minyak mentah dan minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.