2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- United Parcel Service (UPS), iaitu sebuah syarikat logistik global telah membuka pusat pembungkusan baharu seluas 20,000 kaki persegi di Taman Sains Pulau Pinang Utara, Pulau Pinang.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya menyempurnakan terbitan tranche ketujuh dan terbesar sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Kelestarian Air Selangor bernilai RM1.5 bilion.
2bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang besar yang belum diterokai dalam pembangunan dan pengkomersialan peranti teknologi saraf, sekali gus mampu menjadikan negara sebagai hab serantau, kata seorang pakar bedah saraf.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melancarkan Siri BUDI, sebuah panduan kewangan dalam Bahasa Malaysia yang terdiri daripada empat jilid untuk memperkukuh pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia, daripada golongan belia hingga usia persaraan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan berperanan sebagai peneraju fiskal dan pemangkin dasar untuk mengharungi cabaran jangka pendek dan meletakkan asas untuk pembangunan mampan dan inklusif, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
3bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 29 Sept (Bernama) -- Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan hari ini diberi taklimat mengenai kemajuan, pencapaian dan hala tuju masa depan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan Wall Street yang ditutup tinggi secara menyeluruh minggu lepas, kata penganalisis.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Semua pembayar cukai digesa supaya tidak berlengah dan menunggu saat akhir untuk melaksanakan e-Invois, sebaliknya membuat persediaan awal bagi memastikan proses itu berjalan lancar, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan beberapa mekanisme kawalan untuk memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 berjalan lancar dan tidak disalah guna.
3bulan ago
BATU KAWAN, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa industri semikonduktor akan diberikan lebih perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang dijadualkan pada 10 Oktober ini, sejajar dengan aspirasi di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
3bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan, bermula pagi ini bagi membincangkan usaha memperkukuh integrasi ekonomi serantau serta menangani isu utama perdagangan dan pelaburan.
3bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 20 Sept (Bernama) -- Sebaik melangkah masuk ke Pusat Pusat Konvensyen Kebangsaan Ratu Sirikit di Bangkok bagi acara tahunan dunia nutraseutikal Vitafoods Asia, satu reruai ternyata menarik perhatian dan rasa bangga dengan paparan nama Malaysia dan Sabah jelas di kain rentangnya.