Terdapat 99 berita berdasarkan kata kunci carian " sukan"

Kemahiran Pelaporan Berita Ekonomi Penting Ketika Tarif Kuasai Tajuk Utama Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kalangan wartawan kini semakin sedar pengetahuan dalam laporan perniagaan dan ekonomi adalah komponen penting ketika melaporkan isu domestik, serantau dan antarabangsa secara berkesan, apatah lagi ketika isu tarif kini menguasai tajuk utama dunia.

Hotel Utama Labuan Tawar Harga Bilik Istimewa Untuk Festival Flora Borneo Bulan Depan

LABUAN, 12 Jun (Bernama) -- Hotel utama di seluruh pulau bebas cukai ini menawarkan kadar harga bilik istimewa sebagai sokongan kepada Festival Flora Borneo (BFF) yang julung kali diadakan dari 26 hingga 30 Julai di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

TNB Terus Cemerlang Dalam Operasi Dan Mengukuhkan Tanggungjawab Sosial

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Seiring dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab digital serantau, TNB terus menyokong infrastruktur penting bagi sektor ini.

Malaysia Autoshow 2025 Bermula, Pamer Kenderaan Dan Teknologi Generasi Masa Depan

SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025) yang bermula hari ini mempertontonkan model dan teknologi terkini daripada peneraju industri automotif global dan tempatan.

Proton Bakal Lancar EV Kedua e.Mas 5 Pada Suku Keempat 2025

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net), anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd, bakal melancarkan model kenderaan elektrik (EV) terbarunya, e.MAS 5 pada suku keempat 2025.

Delegasi Jepun Kunjungi Malaysia Minggu Depan Perkukuh Kerjasama Tenaga Hijau

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Delegasi berprofil tinggi dari Jepun akan mengunjungi Malaysia minggu depan untuk membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) bagi mencapai sasaran penyahkarbonan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga.

Malaysia Pelawa Perniagaan Maldives Teroka Peluang Sektor Halal – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia mempelawa perniagaan Maldives untuk meneroka sektor halalnya yang dinamik terutama dalam pelancongan halal, memanfaatkan kedudukan negara sebagai hab halal global untuk merangsang kerjasama dalam bidang ini.

Audi Mulakan Pemasangan Audi Q7 Di Pekan, Pahang

PEKAN, 24 April (Bernama) -- Audi mula memasang kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya di Asia Tenggara di kilangnya di Pekan, Pahang, yang merupakan satu-satunya kemudahan pengeluaran Audi di rantau ini, menurut satu kenyataan.

Kempen BIZone Rewards Astro: RM3 Juta Untuk Gandakan Potensi Perniagaan

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Astro memperkukuh kedudukannya dengan pelancaran kempen BIZone Rewards, inisiatif yang dikhususkan untuk membantu outlet makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih menarik sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan serta menaikkan imej dan nilai jenama mereka.

U Mobile Lantik Huawei Malaysia, ZTE Malaysia Sebagai Rakan Kerjasama Untuk Rangkaian 5G

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd melantik Huawei Malaysia dan ZTE Malaysia sebagai rakan teknologi bagi pelaksanaan rangkaian 5G generasi seterusnya syarikat tersebut.

Festival Flora Borneo Bakal Rangsang Ekonomi Labuan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 11 April (Bernama) -- Festival Flora Borneo (BFF) 2025 yang julung kali diadakan di Labuan pada 26 hingga 30 Julai, dijangka dapat merangsang ekonomi tempatan dengan ketara.

Tarif Amerika Syarikat: Pulau Pinang Anjur Perbincangan Meja Bulat Esok - Ketua Menteri

BUTTERWORTH, 10 April (Bernama) -- Pulau Pinang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Ekonomi akan menganjurkan satu sesi meja bulat bersama pihak industri, akademik serta barisan kepimpinan negeri esok bagi membincangkan mengenai pelaksanaan tarif diumumkan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.