BERITA TERKINI   Liga Super: Terengganu FC 2-2 Negeri Sembilan FC | Liga Super: DPMM FC 2-2 Kuching City FC | 

Terdapat 55 berita berdasarkan kata kunci carian " tanco holdings"

Aktiviti Ambil Untung, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia kekal mendatar setakat tengah hari Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan, terutamanya membabitkan saham-saham perladangan dan tenaga, kata penganalisis.

Aktiviti Belian Kukuh Saham Wajaran Tinggi Bantu Lonjakkan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Aktiviti pembelian berterusan saham telekomunikasi dan media terpilih serta kaunter utiliti melonjakkan Bursa Malaysia untuk ditutup pada paras intra hari tertingginya hari ini sejajar dengan momentum positif merentas pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Melantun Semula, Indeks Komposit Melonjak 1.63 Peratus

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda. 

Bursa Malaysia Naik 1.09 Peratus, Sedikit Lagi Cecah Paras Psikologi 1,500

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada hari dagangan terakhir minggu ini disokong oleh petunjuk positif serantau dan sentimen pelabur yang memulih, walaupun hanya sedikit sahaja lagi untuk mencecah paras psikologi 1,500. 

FBM KLCI Tinggi Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi Didorong Saham Perbankan, Telekomunikasi

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong pembelian berlanjutan ke atas saham berwajaran tinggi terutama sektor perbankan, telekomunikasi dan perladangan, dalam keadaan minat pelabur yang berterusan serta prospek sektor yang optimistik.

Aktiviti Belian Pacu Bursa Malaysia Naik 20.68 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih mengukuh, didorong oleh minat belian baharu yang ketara dan merentasi papan indeks dengan kenaikan diterajui oleh saham-saham wajaran tinggi produk industri, kewangan dan telekomunikasi.

99 Speed Mart, Gamuda Menggantikan Genting, Genting Malaysia Dalam Konstituen FBM KLCI

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- 99 Speed ​​Mart Retail Holdings dan Gamuda akan menggantikan Genting dan Genting Malaysia sebagai konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI.