3bulan ago
Daripada Amanina Mohamad Yusof
SHANGHAI, 6 Nov (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM150 juta di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Shanghai (MIHAS@Shanghai) 2025 menerusi penglibatan 16 usahawan di bawahnya yang menyertai pameran antarabangsa itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini dengan pergerakan mendatar apabila aktiviti dagangan tidak menentu mengimbangi sokongan daripada prestasi kukuh pasaran serantau.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, mencerminkan kebanyakan pasaran serantau susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terus melemahkan sentimen pasaran.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia rendah setakat tengah hari ini susulan penyusutan pasaran serantau apabila pelabur meneruskan aktiviti pengambilan untung dalam saham-saham wajaran tinggi, didahului kaunter kewangan serta produk dan perkhidmatan pengguna.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih rendah, menjejaki prestasi suram pasaran serantau serta negatif di Wall Street.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) - Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menghidupkan semula pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk memanfaatkan peluang perdagangan rentas sempadan di rantau ini selain mengukuhkan kedudukannya sebagai negara dagang utama.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 akan terus memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dengan menggalakkan penggunaan sistem pembayaran Kod Respons Pantas (QR) dan pindahan tunai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh baharu (TBB) berpangkalan di Korea Selatan, JC Chemical Co Ltd menyatakan minat untuk membuka kilang pemprosesan Minyak Masak Terpakai (UCO) Bertapis di Malaysia untuk digunakan sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian dua hala dengan negara luar berupaya memangkin kemasukan pelaburan untuk membantu menyerap kos pembangunan infrastruktur hab industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Malaysia.
3bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 1 Nov Bernama) -- Transformasi digital dan perkembangan pesat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) menjadi fokus utama dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) (AELM), yang menyaksikan para pemimpin membincangkan cabaran dan peluang yang muncul daripada teknologi berkenaan.
3bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 1 Nov (Bernama) -- Pusat data hijau YTL Power International Bhd di Kulai, Johor yang telah memulakan operasinya, berkembang pada tahap yang pesat, dan dijangka mencapai kapasiti penuh dalam tempoh dua tahun akan datang.
3bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 1 Nov (Bernama) -- Usaha melindungi kedaulatan dan kepentingan negara telah bermula sejak awal rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.