6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, apabila kalangan peserta pasaran kekal berhati-hati menjelang pertemuan yang dijangka antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping minggu ini, kata seorang penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan jumlah dagangan mencecah RM161.98 bilion (US$36.47 bilion) dari Januari hingga April 2025, dipacu oleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Sebagai Pengerusi ASEAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyuarakan pendirian Malaysia -- dan perkumpulan serantau itu -- sebagai suara utama dalam Selatan Global di samping satu kuasa yang kian menyerlah dan perlu diberi perhatian, menuntut peralihan global daripada dominasi bipolariti kepada perkongsian kuasa yang saksama melalui multipolariti.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan kepintaran politik yang luar biasa sebagai pengerusi ASEAN dalam mendepani cabaran yang dihadapi rantau ini, termasuk yang di luar jangka selepas beliau menggalas tanggungjawab kepengerusian blok itu daripada Laos pada Oktober lepas.
8bulan ago
BANGI, 24 April (Bernama) -- Malaysia meletakkan dirinya untuk menjadi pemain utama dalam rantaian nilai unsur nadir bumi (REE) dalam persekitaran perubahan landskap geopolitik dan perang perdagangan yang berlanjutan antara Amerika Syarikat dan China.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$3.84 bilion (US$1 = RM4.39).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya susut berikutan sentimen pasaran menjadi berhati-hati.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan meningkatnya pengeluaran dan sentimen pasaran yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan didagangkan dengan berhati-hati minggu depan, kerana pedagang akan memantau sebarang potensi penyelesaian perang perdagangan, kata penganalisis.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) -- Malaysia perlu terus menumpukan usaha mempelbagaikan asas eksport dan meningkatkan kualiti pelaburan sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada hari dagangan terakhir minggu ini disokong oleh petunjuk positif serantau dan sentimen pelabur yang memulih, walaupun hanya sedikit sahaja lagi untuk mencecah paras psikologi 1,500.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong pembelian berlanjutan ke atas saham berwajaran tinggi terutama sektor perbankan, telekomunikasi dan perladangan, dalam keadaan minat pelabur yang berterusan serta prospek sektor yang optimistik.