9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) akan memanfaatkan sepenuhnya peluang pertumbuhan yang wujud dengan kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, terutamanya dalam bidang kemampanan, kewangan peralihan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkakan pertumbuhan pembiayaan Islam akan berkembang pada kadar stabil sebanyak lapan peratus pada 2025 walaupun menghadapi cabaran dan ketidaktentuan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila data ekonomi AS yang positif telah mengukuhkan mata wang negara maju itu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas mencatatkan penurunan semalam dan disokong oleh petunjuk positif daripada Wall Street semalaman.
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana isyarat bercampur daripada Presiden AS, Donald Trump yang mencadangkan bahawa negara tertentu mungkin menerima pengecualian tarif apabila tarif timbal balik berkuat kuasa pada 2 April depan, meningkatkan minat untuk aset berisiko.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Catcha Digital Bhd, Catcha Theta Holdings Sdn Bhd (Catcha Theta) memeterai perjanjian penjualan saham bersyarat (SSA) untuk membeli 92.5 peratus pegangan ekuiti dalam Theta Service Partner Sdn Bhd (Theta) pada RM35 juta.
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan penjualan lewat mempengaruhi pasaran manaka pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan kesolvenan dan mudah tunai terus menunjukkan bahawa bank-bank kekal memiliki daya tahan yang tinggi untuk menghadapi kejutan makroekonomi, kewangan dan mudah tunai yang teruk.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keuntungan dana insurans hayat dan takaful keluarga pada separuh kedua 2024 menurun kepada RM4.1 bilion berbanding separuh masa pertama iaitu RM8.4 bilion , didorong oleh keuntungan bersih belum direalisasikan yang lebih rendah daripada portfolio pelaburan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di lapan pasaran Asia dengan jumlah aliran keluar dana mencecah US$564.9 juta pada minggu lepas, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.