Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari dengan indeks penanda aras naik 0.34 peratus, menjejaki sentimen optimis dalam kebanyakan pasaran serantau.
| BERITA TERKINI | Ringgit dibuka lebih tinggi pada 3.8790/9010 berbanding dolar AS pada Selasa daripada 3.8885/8925 ketika ditutup pada Isnin | |
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari dengan indeks penanda aras naik 0.34 peratus, menjejaki sentimen optimis dalam kebanyakan pasaran serantau.
Oleh Anas Abu Hassan dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street dalam persekitaran pasaran yang berhati-hati, kata seorang penganalisis.
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Anggota Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) akan mula melaksanakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kewangan yang berkaitan secara berperingkat mulai 1 Julai, 2025, mengikut garis panduan dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah positif hari ini apabila indeks utama itu naik 0.36 peratus disokong sentimen optimis menyeluruh yang tercetus berikutan perkembangan positif di Timur Tengah dan peningkatan pasaran utama serantau, kata seorang penganalisis.
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan sentimen dan minat untuk mengambil risiko yang lebih baik susulan perkembangan gencatan senjata antara Israel dan Iran.
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street berikutan sentimen yang lebih baik dalam situasi ketegangan di Timur Tengah yang mereda, kata penganalisis.
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Rabu selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah, sebaliknya memilih untuk memantau hala tuju ekonomi, kata penganalisis.
Oleh Anas Abu Hassan dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks petunjuk pasaran susut 0.15 peratus berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham mewah terpilih, walaupun prestasi pasaran utama serantau mencatat sentimen lebih baik, kata penganalisis.
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia susut sedikit pada sesi dagangan awal Selasa susulan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur masih ketara walaupun prestasi semalaman Wall Street meningkat.
Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melantun daripada penurunan awal dan ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah selain minat berterusan pelabur susulan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi global, kata penganalisis.
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh minat belian baharu dalam saham mewah terpilih walaupun sentimen berhati-hati dalam ketegangan geopolitik yang meningkat.
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan belian bagi minggu kelima berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM510.6 juta berbanding RM620.6 juta pada minggu sebelumnya, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.