7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan, namun dengan kecenderungan meningkat berikutan sentimen pasaran yang konstruktif ketika pelabur mengalihkan tumpuan mereka daripada risiko di Timur Tengah, menurut penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga lebih mengukuh pada minggu depan, susulan jangkaan pengumuman data pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
7bulan ago
Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 27 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim Malaysia dan Indonesia di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Singapura dan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk meningkatkan serta memperkukuh kerjasama ekonomi demi manfaat bersama ketiga-tiga negara berjiran itu.
7bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu yang singkat ini dengan prestasi yang positif pada Khamis apabila indeks utama naik 0.55 peratus berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah serta sentimen pasaran yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
7bulan ago
PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas mengenai Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang diadakan di sini, hari ini, disertai kementerian berkaitan dan pakar teknikal untuk menyelaraskan dasar, pelaksanaan dan kesediaan data terhadap pematuhan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari dengan indeks penanda aras naik 0.34 peratus, menjejaki sentimen optimis dalam kebanyakan pasaran serantau.
7bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street dalam persekitaran pasaran yang berhati-hati, kata seorang penganalisis.
7bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah positif hari ini apabila indeks utama itu naik 0.36 peratus disokong sentimen optimis menyeluruh yang tercetus berikutan perkembangan positif di Timur Tengah dan peningkatan pasaran utama serantau, kata seorang penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih akses pasaran pilihan dan diiktiraf bagi minyak sawit lestarinya susulan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (MEEPA) pada 23 Jun lepas.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan sentimen dan minat untuk mengambil risiko yang lebih baik susulan perkembangan gencatan senjata antara Israel dan Iran.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street berikutan sentimen yang lebih baik dalam situasi ketegangan di Timur Tengah yang mereda, kata penganalisis.