6bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ekonomi biru akan terus diperkasakan menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dari 2026 hingga 2030 dengan nilai industri perkhidmatan pembekalan bahan api kapal disasarkan mencecah RM19.4 bilion menjelang 2030 berbanding RM14.5 bilion pada 2024.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk bangkit sebagai peneraju ekonomi Asia dengan identiti tersendiri berasaskan budaya dan hikmah Timur, sekali gus muncul sebagai negara berpendapatan tinggi dan tergolong dalam 30 ekonomi utama dunia menjelang 2030.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bertujuan memacu pertumbuhan mampan berteraskan penciptaan nilai merentasi semua sektor, melibatkan pelaburan RM611 bilion bagi menjayakan pelan lima tahun itu dan RM430 bilion daripada jumlah tersebut merupakan peruntukan pembangunan daripada kerajaan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Zetrix AI Bhd (sebelum ini dikenali sebagai My E.G. Services Bhd) boleh terus menawarkan perkhidmatan berkaitan imigresen dalam skop mana-mana perjanjian lain dengan kerajaan, walaupun tempoh perjanjian dalam menyediakan perkhidmatan sedemikian kepada jabatan imigresen telah berakhir.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 30 Julai (Bernama) -- Malaysia memperoleh pelaburan digital disahkan berjumlah RM2.97 bilion daripada pemain teknologi terkemuka China yang bakal mencipta lebih 6,800 peluang pekerjaan digital bernilai tinggi di seluruh negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan bersedia menguruskan aktiviti import dan eksport tenaga elektrik serta perdagangan tenaga boleh baharu (TBB), dengan hasil yang diperoleh akan dimasukkan dalam tabung dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) yang akan memberi manfaat kepada rakyat.
6bulan ago
JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) -- Johor berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM1.34 bilion daripada lima syarikat Singapura menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pembaharuan struktur Malaysia yang berterusan untuk memastikan daya tahan jangka panjang penting untuk melindungi ekonomi daripada kejutan global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kedudukan ASEAN sebagai kuasa ekonomi serantau yang berkembang pesat kekal utuh, begitu juga komitmennya untuk meningkatkan integrasi ekonomi termasuk dalam bidang kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih IGB Real Estate Investment Trust (IGB REIT) meningkat kepada RM92.51 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 daripada RM81.55 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
6bulan ago
PASIR GUDANG, 29 Julai (Bernama) -- Johor Port Bhd telah menyiapkan peluasan kemudahan jeti cecair bernilai RM140 juta untuk meningkatkan kapasiti dan memperkukuh kedudukan Pelabuhan Johor sebagai hab pukal cecair utama di Asia Tenggara.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengekalkan sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) antara RM369 juta dan RM408 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 (tahun kewangan 2025).