10bulan ago
BENTONG, 3 Mac (Bernama) -- Midea Scott and English Electronics Sdn Bhd (Midea Malaysia) menyasarkan jualan sebanyak RM1 bilion tahun ini bagi meneruskan momentum pertumbuhan dua angka berikutan permintaan yang tinggi terhadap peralatan cekap tenaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan untuk mencapai RM14 bilion dalam eksport perabot kayu yang menyumbang 50 peratus daripada sasaran RM28 bilion eksport kayu Malaysia sepanjang tahun ini.
10bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KOTA TINGGI, 1 Mac (Bernama) -- Timor-Leste yakin ia telah menunjukkan kemajuan yang ketara dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi pelan hala tuju yang digariskan bagi memperoleh keanggotaan penuhnya dalam ASEAN.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Ketahanan dan kemajuan ekonomi Malaysia bergantung kepada akses pembiayaan yang inklusif -- sesuatu yang mudah dianggap remeh oleh mereka yang bekerja dalam sektor formal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus memacu daya tahan ekonomi dan jaminan bekalan tenaga Malaysia susulan pengumuman prestasi kewangan yang kukuh dan mampan bagi tahun 2024. Apa yang lebih penting lagi, kejayaan itu diterjemahkan kepada manfaat sebenar untuk rakyat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd melonjak kepada RM568.94 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM560.67 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelum ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) akan ditingkatkan dengan tambahan jaminan RM10 bilion tahun ini sekali gus akan memberikan manfaat kepada lebih 20,000 peminjam.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Mah Sing Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024 meningkat kepada RM240.75 juta berbanding RM215.29 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2023, mencerminkan permintaan yang berdaya tahan berikutan harga yang berpatutan dan lokasi projek yang strategik.
10bulan ago
KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Pembuat serbuk kopi tempatan, Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd, menyasar untuk meraih perolehan RM31.5 juta pada 2025, meningkat lima peratus daripada RM30 juta tahun lepas, dengan dipacu permintaan kukuh daripada pelanggan di pasaran fizikal dan dalam talian.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.
10bulan ago
KAJANG, 26 Feb (Bernama) -- Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.