10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kerajaan memberi pengecualian daripada pengeluaran e-Invois kepada peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah nilai ambang RM150,000 yang akan memberi manfaat kepada lebih 700,000 peniaga kecil seperti peniaga nasi lemak atau penjaja, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada 2024 mencerminkan pengembangan ekonomi, peningkatan hasil dan pertambahan peluang pekerjaan kepada rakyat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pembekal paip minyak dan gas (O&G) yang akan disenaraikan di Pasaran ACE, Saliran Group Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM21.71 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).
10bulan ago
SINGAPURA, 18 Feb (Bernama) --Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM441.39 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2024 berbanding RM383.40 juta pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Greatech Technology Bhd (Greatech) meraih keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM154.99 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2024 (TK2024) daripada RM154.36 juta dalam TK2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur beralih kepada aset selamat ketika tumpuan terarah kepada pertemuan antara diplomat Amerika Syarikat (AS) dan Rusia di Arab Saudi untuk membincangkan kemungkinan menamatkan perang di Ukraine.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Malaysia ialah peneraju ASEAN yang berjaya mengembangkan akses kepada perumahan mampu milik, walaupun ia mempunyai sumber yang terhad bagi segmen tersebut, kata Juwai IQI.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- TechStore Bhd yang membuat kemunculan sulung di Pasaran ACE, kini menyasarkan untuk berkembang lebih jauh di Malaysia sebelum mempertimbangkan pengembangan ke peringkat antarabangsa.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Anak syarikat EcoWorld Malaysia, Eco Business Park 1 Sdn Bhd menjual tanah pegangan bebas seluas 56.06 hektar di Eco Business Park I di Iskandar Malaysia, Johor kepada Microsoft Payments (Malaysia) Sdn Bhd pada harga RM693.96 juta.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.
10bulan ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kesepakatan yang tercapai antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan memastikan sektor industri minyak dan gas negara terus kekal mampan, sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur terhadap daya saing sektor tersebut.