Terdapat 776 berita berdasarkan kata kunci carian " trump "

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan pelabur kekal berhati-hati disebabkan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan dan menjelang kemas kini dasar bank pusat global.

Pasaran Niaga Hadapan Emas Lengang Susulan Kebimbangan Dasar Tarif AS Reda

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan dalam keadaan lengang selepas melonjak baru-baru ini, apabila kebimbangan mengenai dasar tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semakin reda.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Kekal Negatif Pada Tengah Hari Susulan Pengambilan Untung Berterusan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal negatif pada tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan selepas kenaikan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Maybank IB, HLIB Jangka OPR Kekal Pada 3.00 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan unjurannya untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada tahun ini untuk menyokong pertumbuhan domestik dalam mendepani cabaran luaran.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis disebabkan jualan dalam saham wajaran tinggi khususnya Public Bank and Tenaga Nasional.

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur Susulan Reaksi Cadangan Tarif AS Ke Atas China

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan menunjukkan aliran bercampur-campur pada Rabu berikutan sentimen menjadi lemah selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membayangkan hasratnya untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari China bermula 1 Februari, kata peniaga.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Disokong Penurunan Inflasi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh data yang menunjukkan penurunan kadar inflasi Malaysia, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Untuk Hari Keempat Berturut-turut

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Rabu, mencerminkan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.

Keputusan BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus Akan Rangsang Pertumbuhan Ekonomi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Strategi Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini telah dirangka dengan teliti, kata pakar ekonomi.

Tarif Trump Akan Memuncak Pada Akhir 2025 - Moody’s Analytics

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Moody’s Analytics mengunjurkan bahawa tarif global yang dikenakan oleh pentadbiran Donald Trump akan memuncak menjelang akhir 2025, dengan tarif ke atas China meningkat kepada 40 peratus daripada paras semasa, 20 peratus.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan prestasi positif Wall Street pada sesi dagangan pertamanya selepas Donald Trump mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.