1tahun ago
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
Oleh Hasnah Jusid
BEIJING, 28 Sept (Bernama) -- Syarikat teknologi komunikasi, ZTE (Malaysia) Corporation, dan penyedia perkhidmatan data mudah alih U Mobile, hari ini memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi membangunkan aplikasi pertanian pintar dan penyelesaian penggunaan yang berkesan.
1tahun ago
Daripada Norsyafawati Ab Wahab
VIENTIANE (LAOS), 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk meningkatkan pelaburannya di Laos terutamanya dalam sektor tenaga boleh baharu, pertanian, pelancongan dan infrastruktur, kata Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mencatat pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
1tahun ago
KUALA LUMPUR,24 Sept (Bernama) -- Batik Air akan melancarkan laluan baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia bermula 1 Okt ini.
1tahun ago
DA NANG (Vietnam), 24 Sept (Bernama-VNA) -- Penerbangan MH748 Malaysia Airlines, yang membawa 160 penumpang dari Kuala Lumpur, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang pada Selasa, menandakan penerbangan sulungnya di laluan Kuala Lumpur - Da Nang.
1tahun ago
Daripada Vijian Paramasivam
PHNOM PENH, 24 Sept (Bernama) -- AirAsia Cambodia mengumumkan langkah strategik untuk melancarkan laluan baharu Siem Reap ke Singapura dengan menyasarkan peningkatan trafik penumpang akhir tahun yang akan membantu merangsang sektor penerbangan domestik.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk memperkenalkan insentif atau kredit cukai dalam Belanjawan 2025 bagi menyokong industri bahan api penerbangan mampan (SAF) Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia (NBC) melancarkan jalinan pembayaran QR (respons pantas) rentas sempadan antara Kemboja dengan Malaysia.
1tahun ago
SERDANG, 16 Sept (Bernama) -- Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menyasarkan untuk mengeksport produk jenama ENNA keluarannya ke luar negara menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat di Brunei, Indonesia dan Kesatuan Eropah (EU).
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) – Kumpulan bioteknologi bersepadu ALPS Global Holding Bhd, yang bakal disenaraikan di Nasdaq pada suku keempat 2024, menyasar mengumpul US$100 juta daripada penyenaraian tersebut untuk membiayai pengembangan, kajian klinikal dan kilang pembuatannya.